Mengatasi Senggugut

Mengatasi Senggugut | Senggugut memang menyakitkan. Ada sesetengah mereka yang mengalami senggugut sampai berguling-guling akibat tersangat sakit.


Untuk mengatasinya anda boleh mencuba cara berikut. 







1. Halia

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap, barulah diminum air tersebut.


2. 10 tangkai bunga cengkih, 5 biji limau purut  dan nenas batu
Rebus bunga cengkih, limau purut yang dipotong dan sepotong nenas batu hingga mendidih.. Amalkan meminum air rebusan ini suku gelas sebanyak dua kali sehari. InsyaAllah kedatangan haid akan menjadi teratur semula.

Perlu diingat, minum air rebusan mulai pada hari pertam anda didatangi haid dan berhentilah selepas darah haid berhenti.



3. Tiga biji limau purut, 11 tang kai bunga cengkih, tawas
Rebus limau purut yang dipotong-potong, bunga cengkih dan tawas sebesar ibu jari dalam 3 liter air. Biarkan mendidih hingga air tinggal separuh.


Minum airnya ketika sejuk sewaktu datang haid.




4. Ibu kunyit, ketumbar, buah pala, jintan hitam, bunga cengkih, kiambang dan daun seri gading
Ibu kunyit digiling hingga lumat dan diebus bersama kesemua bahan hingga mendidih. Tapiskan air rebusan sebelum diminum.


Amalkan dua atau tiga kali seminggu. InsyaAllah masalah senggugut anda akan dapat diatasi
Selamat mencuba!