Menurunkan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi, atau juga disebut hipertensi, adalah keadaan di mana tekanan darah pada dinding arteri meningkat. Hipertensi dapat disebabkan oleh faktor gaya hidup, faktor keturunan (genetik), ataupun keduanya. Meskipun terlihat sepele, hipertensi bisa berbahaya jika tidak ditangani karena dapat meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, seperti serangan jantung dan stroke.



Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan tekanan darah seseorang mencapai 140/90 mmHg. Lazimnya, tekanan darah pada orang yang sihat antara 90/60 mmHg sampai 120/80 mmHg. 

Berikut cara menurunkan darah tinggi yang boleh dilakukan di rumah secara tradisional.


Daun kucai 

Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan ke dalam mesin pengisar bersama sedikit gula batu yang dihancurkan.  Mesin sehingga lumat atau hancur (jangan campur dengan air) bagi mendapatkan patinya sahaja.  Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan selepas itu embunkan sehingga pagi.  Bila bangun pagi sebelum minum atau makan, minum air pati daun kucai itu dengan berselawat tiga kali.  Amalkan selama tiga hari selepas itu jumpalah doctor untuk buat pengesahan.  Insya Allah darah tinggi akan jadi normal.

Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.

Makanlah biji buah Peria.

Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.

Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.

Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.

Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.

Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.