4 Cara Menghilangkan Kelemumur

4 Cara Menghilangkan Kelemumur | Cara mudah dan senang didapati untuk menghilangkan kelemumur yang mungkin boleh dicuba dan mungkin sesuai untuk masalah kelemumur pembaca budiman

Image result for kelemumur
gambar sumber Google


  • Daun Pandan 
  • Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingaa lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu sapukan air saringan tadi pada kepala rata rata sehingga ke kulit kepala anda yang ada kelemumur. Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air biasa.

  • Daun Bunga Raya 
  • Ambil 10 helai daun bunga raya, empat helai daun limau purut, tiga kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar), sedikit air limau nipis.  Ramas semua bahan sehingga berlendir. Lumurkan lendir di atas kepala dan biarkan selama beberapa jam. Kemudian bilas. Anda akan dapat melihat hasilnya dan rambut juga akan berbau harum.

  • Kangkung Muda 
  • Untuk tujuan menghilangkan kelemumur boleh juga menggunakan kangkung muda lalu campurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya, setelah itu sapukan pada kepala rata rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah cuci seperti biasa. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, Insya Allah kelemumur anda dapat atasi.


  • Daun Nangka/Daun Durian
  • Ramas daun nangka atau daun durain dengan sedikit air.  Air ramasan itu boleh dijadikan sebagai 'syampu' ketika mandi dan kemudian dibilas dengan bersih