7 Petua Melebatkan Kening



sumber Google



  • Lidah Buaya - cukup dikenali bukan sahaja melembapkan kulit dan membantu mengecutkan jerawat malah tumbuhan ini juga mempunyai khasit yang dikatakan mampu melebatkan bulu kening

  • Potong lidah buaya kepada dua bahagian, ambil lendirnya kemudian sapukan pada kening setiap malam sebelum tidur.  biarkan ia kering antara 10 hingga 15 minit, kemudian dibilas dengan air bersih.  Lakukan setiap malam dan lihat perubahan pada kening


  • Buah Keras - antara petua yang digunakan untuk mendapatkan kening lebat secara semula jadi.  Caranya sagat buah keras secara perlahan-lahan.  Air buah keras yang disagat ini disapu pada kening sebelum tidur.  Keesokannya cuci dengan air sejuk.  Lakukan sekerap mungkin, kening akan menjadi lebat dan hitam


  • Minyak Buah Kelapa Tua - Orang dulu-dulu sentiasa emmanfaatkan bahan alami untuk kecantikan dan buah kelapa tua untuk mendapatkan bentuk kening yang menawan.  Bakar buah keapa tua sehingga mengeluarkan minyak.  Kemudian sapukan minyuak ini pada kening setiap hari.


  • Minyak Lemak Ayam - Kelakarkan dengan petua yang meragukan tapi hakikatnya petua ini dikatakan berkesan untuk mendapatkan kening yang lebat.  Caranya dengan memanaskan lemak ayam sehingga mengeluarkan minyak.  Sapukan kening dengan minyak lemak ayam sekurang-kurangnya dua kali sehari.  Nantikan perubahan pada kening selepas dua minggu mengamalkan petua ini


  • Celak Makkah - seperti umum tahu khasiat uamg dapat membantu menyuburkan bulu kening.  Oles kening sekerap mungkin dengan cetak Makkah, lama-kelamaan kening akan bertambah lebat dan tampak cantik semulajadi tanpa bantuan solekan tebal


  • Lendir Daun Bunga Raya - bukan  hanya digunakan untuk menyejukkan kepala, merawat kulit kepala dan melebatkan rambut malah dikatakan dapat mencantikkan kening.  Ramas daun bung araya sehingga mengeluarkan lendir, kemudian sapukan pada bahagian kening.  Biarkan sehingga kering, bilas denga air sejuk.  Lakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari.  Petua ini ini dipercayai dapat menyuburkan bulu kening

sumber : suratkhabar