5 Cara Hilangkan Gastrik Dengan Bahan Di Rumah

Bila anda menghadapi gastrik, memang suatu kesakitan yang sukar digambarkan apabila ianya terjadi. Terdapat beberapa kaedah tradisional yang boleh anda cuba bagi mengurangkan dan hilangkan gastrik di rumah secara tradisional.

.

Gastrik


1. Air kelapa

Air kelapa muda mempunyai sifat anti-radang yang sangat bermanfaat untuk melegakan keradangan pada lapisan perut anda.


Anda boleh minum air kelapa ini sebanyak tiga hingga empat kali di antara waktu makan dan pastikan ianya tidak terlalu masam.



2. Cara Hilangkan Gastrik Secara Tradisional – Soda penaik

Kalau anda nak tahu, soda penaik ini boleh bertindak sebagai antasid yang meneutralkan asid pencernaan supaya tidak menghakis dinding perut.


Caranya campur serbuk penaik soda bersama air kosong sehingga campuran tersebut bertukar jernih dan minum airnya.


Anda boleh lakukan cara ini setiap kali sakit gastrik menyerang untuk melegakan kesakitan.


3. Cara Hilangkan Gastrik Secara Tradisional – Halia

Anda tentu biasa dengar orang gunakan halia untuk melegakan kembung perut dan buang angin dalam badan.


Sebenarnya halia juga mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria, berguna untuk melegakan keradangan dan melawan jangkitan bakteria.


Anda boleh mengambil halia dengan mengunyahnya setiap kali selepas makan jika anda mampu menahan rasa halia tersebut.


Anda juga boleh campurkan hirisan halia dalam makanan atau teh untuk mengurangkan kesan gastrik.



4. Cuka epal

Walaupun rasa cuka ini masam, namun ia boleh membantu meneutralkan kadar pH dalam perut untuk mengurangkan keradangan lapisan dinding perut.


Campurkan dua sudu cuka epal ke dalam air suam dan biar seketika sebelum diminum.


Anda boleh campurkan sedikit madu untuk membantu melegakan keradangan pada dinding perut. Rasanya juga akan menjadi lebih enak.


5. Bawang putih

Bawang putih mengandungi allicin iaitu sejenis bahan anti-bakteria yang berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria H. pylori 


Jika anda mampu makan bawang putih begitu sahaja, panggang dua ulas bawang putih dan buang kulitnya kemudian makan.


Jika tidak, anda boleh merebus bawang putih bersama lada hitam selama beberapa minit dan biarkan sejuk sebelum minum.