Kekadang tu duit cuma cukup beli daging pejal atau mungkin daging import biasa, nak beli batang pinang cuma dapat portion kecil tapi keluarga besar.
Jangan risau, korang boleh cuba petua dan tip untuk lembutkan daging yang dikongsi. Moga dapat membantu.
Jom masuk dapur ☺️
Bismillahirrahmanirrahim
PETUA MELEMBUTKAN DAGING.
Berikut beberapa PETUA DAN TIPS supaya daging yang dimasak lembut dan tidak liat BAGI PENGGUNA DAPUR GAS.
1.GUNA BAHAN BERASID
Rendam/perap daging dalam jus LEMON, LIMAU, CUKA, BUTTERMILK atau YOGURT. Rendam 30 minit sebelum dimasak, jangan perap terlalu lama kecuali anda ingin buat perapan BBQ yg dicampur dgn bahan lain yg memerlukan masa perapan 4 jam keatas kerana asid boleh melemahkn struktur daging menyebabkn daging terlalu lembut dan lembik bila dimasak. PASTIKAN basuh bersih2 daging sebelum masak.
2.BUAH NENAS
Caranya, kisar nenas. Kemudian, tambahkan sedikit bahan perapan bersama puri buah sebelum digaul bersama daging. Secara jujurnya sy suka gunakn nenas selain melembutkn daging ia juga mmberi rasa yg sedap pd daging. Cuma jgn terlalu lama diperap takut daging terlebih lembut.
3.SERBUK PENAIK.
Daging perlu dipotong terlebih dahulu mengikut citarasa. Kemudian taburkn serbuk penaik ( baking soda ) dan gaul sebati. Perap selama 30 - 40 minit. Bilas bersih dengan air biasa sebelum dimasak.
4.KETULAN AIS
Caranya daging mesti direbus antara 20 - 30 minit, masukkn ketulan ais semasa air sedang menggelegak. Kemudian boleh masak dan campur bahan perasa spt biasa.
5.DAUN BETIK ATAUPUN BETIK MUDA.
Ambil beberapa tangkai daun betik dan masukkan ke dalam masakan. Biarkan sehingga daging menjadi lembut dan empuk lalu tutup api. Jika tiada daun betik, anda boleh gantikan dengan buah betik muda.
Sebelum menggunakannya, anda perlu kupaskan kulitnya terlebih dahulu dan buang biji serta bersihkan lalu dimasukkan ke dalam masakan berasaskan daging.
6.GULA BATU
Satu lagi cara yang didapati berkesan untuk melembutkan daging adalah dengan menggunakan gula batu. Masukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging, ia menjimatkan masa untuk lembutkan daging.
7.DAUN NANGKA
Jika boleh mendapatkan daun nangka, keringkan getahnya. Kemudian ambil anggaran 4 - 6 helai daun dan masukkan ke dalam masakan. Ia dapat membantu melembutkan daging.
8.BUAH KURMA
Masukkan buah kurma dalam rebusan daging. Sekilo daging 2 - 3 biji kurma. Daging akan menjadi lebih lembut dan manis. In Shaa Allah
9. POTONG DAGING DENGAN CARA YANG BETUL.
Caranya Potong daging secara melintang urat/lawan urat.
Potong daging nipis-nipis. ELAKKAN memotong dlm ketulan yg tebal dan besar.
Ketuk daging sampai jadi lembut/lumat pakai tukul besi masak. Baru masuk dalam periuk. (cara Barat dan Arab)
Petua tambahan :
* Rebus sambil menutup periuk dan api perlahan. Kecuali guna teknik dibawah :
* Gunakan teknik rebusan 5 : 30 : 7
* PEMILIHAN Bahagian dan jenis daging juga main peranan contoh daging lama, daging tua, daging muda, daging sejuk beku, daging segar dan bahagian2 daging antaranya sirloin, chuck, shank, round, brisket, flat dll.
Semoga mmberi manfaat. Selamat mencuba. In Shaa Allah.
kredit : FB Cham Osman