Jus Detoks Dan Hilangkan Lenguh Badan

Petua Air Rebusan Pandan, Bawang Putih Dan Serai.



Bahan-bahan:- 

3 batang serai

2 daun pandan

3 ulas bawang putih 

3 gelas air 


Cara membuat air rebusan ini:- 

Potong atau titikkan serai, pandan dan bawang putih.

Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air. Didihkan serai sampai wangi.

Kemudian masukkan daun pandan dan bawang putih. Didihkan sehingga menyusut separuh dan tutup periuk.

Jangan buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap ke persekitaran. Bila dah agak-agak suam, dah bolehlah minum seperti biasa. 


Cara minum:- 

Minum air rebusan ini setiap hari pada bila-bila masa. 

Kalau yang sakit lutut, nak keluarkan angin dalam badan, lembutkan urat, hilangkan peluh berlebihan dan kuman dalam darah. 

Boleh amalkan pagi selepas sarapan dan petang

Boleh letakkan dalam peti ais dan minum sepanjang hari. Insha-Allah berkesan. 


sumber Fb Ana Mahabu