Petua Hilangkan Mulut Berbau Dengan Bahan Semulajadi


Banyak faktor yang menjadi punca mulut berbau yang tidak disangka antaranya 

1. perut kosong terlalu lama. bila lapar, asid naik dan bu pun keluar
2. Masalah tonsil
3. Permukaan lidah kotor
4. Gigi bongsu terperangkap makanan
5. Masalah resdung, sinus
6. Gigi berlubang
7. Demam selsema
8. ulcer perut
9. Tengah diet/low carb
10. Rokok atau arak
11. Pengambilan makanan tinggi protein dan kurang air



1. Air Limau Nipis + Garam 

Bahan: 1 biji limau nipis Secubit garam Cara: 

1. Perah limau ke dalam cawan, campur sedikit garam. 

2. Kumur 30 saat - 1 minit. 

3. Amalkan setiap pagi & malam. 


Kesan: 

Bunuh kuman penyebab bau Segarkan nafas Bershkan celah gigi secara semulajadi 


2. Daun Sirih

Cara 1 : Kunyah.  Ambil sehelai daun sirih segar, bersihkan & kunyah perlahan selama 2-3 minit, kemudian buang. 


Cara 2 (Rebus):  Rebus 3-5 helai daun sirih biar suam dan auna untuk Cara 2 (Rebus): Rebus 3-5 helai daun sirih, biar suam dan guna untuk berkumur. • Kesan: Antibakteria semulajadi Hilangkan bau tak sedap dari mulut & kerongkong Segarkan nafas selepas makan 


3. Kumur Air Beras 

Cara: 1. Ambil air basuhan beras kedua (air beras putih). 

2. Simpan dalam peti 1 malam (biar sedikit peram). 

3. Gunakan untuk kumur pagi hari. 


Kesan

Bersihkan mulut dari plak Nafas jadi lebih bersih Amalan orang tua zaman dulu 


4. Minyak Kelapa Dara (VCO) 

1. Ambil 1 sudu besar minyak kelapa dara (VCO). 

2. Kumur dalam mulut selama 5-10 minit (jangan telan). 

3. Ludah & bilas dengan air suam. 


Kesan

Tarik keluar toksin & bakteria Hilangkan bau mulut kronik Nafas segar & gigi kuat 


5. Kunyah Daun Pudina / Biji Pelaga 

Cara: Kunyah daun pudina segar atau 1-2 biji pelaga selepas makan berat atau sebelum tidur. 


Kesan

Wangi semulajadi Segarkan mulut Sesuai diamalkan waktu berpuasa juga V 


Tip Tambahan

Jangan biar perut kosong terlalu lama (angin naik, mulut berbau) Minum cukup air putih (8 gelas sehari) Gosok lidah sekali semasa gosok gigi Elakkan makanan tinggi bawang mentah, petai & kopi sebelum jumpa orang gambar ai sebagai visual hiasa