MEMULIH TENAGA SELEPAS BERSALIN

Bagi wanita yang lepas bersalin, adalah baik meminum air kunyit.

Cara membuatnya kunyit ditumbuk dan diperah untuk mengambil airnya. Dinasihatkan tapis untuk mengambil airnya sahaja dan dicampurkan dengan air. Minumlah tiga hari beturut-turut.
Pada hari keempat hendaklah diminum air halia.
Hari kelima minum air lempoyang (rupanya seperti kubis).
Hari keenam air daun inai
Hari ketujuh air daun sirih.
Hari kelapan air jambu batu.
Hari kesembilan minum air daun mengkudu.