Kebaikan Pokok Senduduk : Ada 2 Jenis Senduduk Ungu Dan Senduduk Putih

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.



Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.



Senduduk Putih atau nama saintifiknya Melastoma sanguineum merupakan pokok yang tergolong dalam  famili melastomataceae


Khasiat senduduk putih memang telah diketahui umum sayangnya agak sukar untuk menjumpai pokok ini samada di habitat semula jadi atau ditapak semaian. Namun, kini ramai yang telah menjualnya secara atas talian.


Selain itu, daun dan pucuk senduduk putih dikatkan boleh dimakan bagi memulihkan cirit-birit. Di Malaysia, daun senduduk yang dibuat ubat pupuk untuk mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar. Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. Manakala air rebusan daun dan akar boleh diminum untuk rawatan selepas bersalin.

Sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui


Sumber : 

Senduduk (forestry.gov.my)

Wikipedia