MUDAH KAN KELAHIRAN

 
Anda yang pernah beranak tentulah dapat membayangkan betapa sakitnya pada saat-saat hendak melahirkan. Berat sakit seseorang itu tidak sama teruknya, ada yang teruk ada yang tidak. Bagi anda yang merasa sukar bersalin atau mahu mengatasi kesulitan waktu bersalin, bolehlah mencuba petua ini. Apabila anda sudah sampai masanya hendak bersalin, ambillah sedikit daun kelo dan bawang putih. Tumbuk kedua-dua ramuan itu sehingga lumat kemudian sapukan ke perut. Dengan cara ini bayi anda akan segera lahir pada waktunya.
Selamat Mencuba!