10 Petua Melicinkan Tumit Kaki Dengan Bahan Murah Dan Mudah

10 Petua Melicinkan Tumit Kaki Dengan Bahan Murah Dan Mudah | Geram sungguh bila tengok tumit kaki merekah dan kasar apatah lagi bila nampak jelas hingga hilang rasa keyakinan pada diri. Jom 10 Petua Melicinkan Tumit Kaki Dengan Bahan Murah Dan Mudah yang boleh kita perolehi di sekliling rumah dengan kos yang cukup murah

10 Petua Melicinkan Tumit Kaki Dengan Bahan Murah Dan Mudah



1. Kunyit Hidup
Caranya : Potong kunyit hidp dan gosokkan pada tumit kaki yang kering dan merekah.  InsyaAllah tumit kaki anda akan licin.  
Amalkan setiap malam sebelum masuk tidur untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. 

sumber : Majalah Wanita Ogos 2003



2. Getah Betik Muda
Caranya : gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. 
Amalkan dua kali seminggu dengan konsisten sehingga mendapat hasil yang diinginkan.



3. Buah Belimbing Buluh
Caranya, ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit.

Amalkan rutin ini setiap minggu untuk mendapatkan tumit yang lebih halus dan licin.



4. Asam Gelugur
Caranya, masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit.

Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.



5. Asam Jawa
Caranya, lumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.



7. Tepung Beras & Madu
Caranya, Gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes dan scrubkan pada tumit anda dengan kerap. Boleh juga dijadikan air rendaman.

Madu memiliki banyak kebaikan dan boleh berfungsi sebagai pelembab pada tumit kaki. Sementara itu, tekstur kasar daripada tepung beras pula membantu menghapus rekahan dan kulit kering.



8. Lemon & Garam
Caranya, rendam kaki anda di dalam air suam yang di campur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan baking soda. Selain tumit menjadi licin, ia memberikan kewangian juga

Lemon memiliki khasiat yang pelbagai, ia mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Garam pula boleh mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.



9. Bawang Putih
Caranya, Potong bawang merah yang kepada 2 bahagian. Sapukan tumit kaki anda yang pecah sehingga jusnya kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan anda berpuashati dengan hasilnya.



10. Bawang Merah
Potong bawang merah kepada 2 bahagian. Sapukan tumit kaki anda yang pecah sehingga jusnya kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan anda berpuas hati dengan hasilnya

Bawang putih dan bawang merah mengandungi komponen antibakteria yang juga boleh membantu memperbaiki sel kulit.

selamat mencuba