Nama : Rumput Sambau / rumput kaki angsa / gelang sambau. Sejenis tumbuhan liar yang senang tumbuh dimana-mana. Ada yang memanggilnya rumput 'degil' kerana tumbuhan ini sukar di hapuskan walaupun menggunakan racun.
Difahamkan rumput ini banyak khasiatnya walau nampak tak berfaedah dan tak bermanfaat rumput ni.
![]() |
Khasiat Rumput Sambau Untuk Kesihatan gambar sumber Google |
Antara khasiat pokok sambau:
Akar
- Air rebusannya diminum dapat mengecutkan perut, usus.
- Merawat cirit birit
- Merawat deman panas
- Penyakit hati
- Merenggang pengeluaran peluh
Daun
- Cecair yang diperah dari daunnya kemudian ditelan mentah oleh ibu ibu yang baru melahirkan dapat memudahkan keluar uri dan merawat masalah usus serta mengelakkan kecacingan.
Keseluruhan bahagian Rumput Sambau
Air rebusannya jika diminum mampu merawat
- Melawaskan kencing
- Merawat artritis
- Badan panas
- Bengkak telor
- Cirit
- Deman kuning
- Penyakit hati
- Radang paru paru
- Radang pundi kencing
- Merawat gigi dan gusi
Air rebusannya jika dicampur dengan akar sintuk dapat digunakan untuk mencuci rambut.. merawat kelemumur.. mengurangkan rambut gugur.. merangsang pertumbuhan rambut
Kegunaan lain
- Batang yang matang dan tua dianyam sebagai bakul atau apa apa alat perhiasan dan ritual.
- Bijinya sebagai makanan ayam itik dan burung..
- Akarnya diguna sebagai alat merenjis bertepung tawar untuk mengubati beberapa jenis penyakit.
Rumput Sambau jugak dikatakan mampu merawat penyakit kulit seperti kurap.
Cara merawat kurap dengan rumput sambau
- cabut rumput tu dengan akar-akar sekali, basuh la sampai bersih
- bancuh bedak sejuk, masa nak sapu tu guna bahagian akar untuk sapu kat kayap tu..
- Jangan guna tangan, bimbang nanti berjangkit
Dikatakan harus dibuat oleh orang lain untuk mereka yang menghidap kurap ini
Social Plugin