Cara Hilangkan Keputihan

Cara Hilangkan Keputihan  | Pasti ramai yang beranggapan keputihan hanya berlaku kepada wanita sahaja, tapi sebenarnya keputihan juga terjadi pada kanak-kanak seawal usia yang muda. 


Pernah saya terbaca suatu perkongsian seorang ibu saudara seorang kanak-kanak yang menganggap anak saudaranya teransang apabila dia melihat anak saudaranya mengesat-ngesat bahagian vaginanya pada sofa. Kesian sungguh pada kanak-kanak perempuan tersebut, dimana sepatutnya si ibu saudara memberitahu kepada ibu si anak untuk membuat pemeriksaan.





Pada ibu-ibu yang belum arif atau masih belum memahamai apa itu keputihan, diharap perkongsian saya ini memberi manfaat dan segera bertindak sekiranya terdapat tanda-tanda pada diri mahupun anak-anak.


Antara tanda-tanda keputihan,  si penghidap akan merasa gatal-gatal serta berbau yang tidak enak pada miss V dan dibimbangkan orang berada disebelah atau mungkin suami anda akan terbau bau yang kurang enak ini;


Tanda-tanda berikut ketika keputihan yang tidak normal dan perlu dirujuk kepada doktor dengan segera.


1. Berbau
Keputihan yang normal tidaklah bau dan sekiranya ia berbau yang agak busuk, kemungkinan kuman bersarang dan berkembang biak di miss V anda.


2. Berwarna
Ketika normal, warna keputihan adalah jernih dan lutsinar. Jika berwarna putih susu, masih dianggap tiada apa-apa. Namun jika sudah hijau pekat, kuning, atau bahkan disertai dengan darah, ini masuk dalam kategori keputihan yang tidak normal.


3. Kegatalan
Tanda miss V anda bermasalah keputihan


4. Rasa ngilu ketika kencing
Ngiluu ketika kencing merupakan tanda bahaya ketika anda sedang mengalami keputihan. Ini tanda bahwa kuman sudah sampai di kandung kemih anda.


Dapatkan rawatan dan nasihat dari pakar sekiranya terdapat tanda-tanda seperti disebutkan.


Selain dari itu anda boleh mengatasinya secara alami atau tradisional dengan beberapa petua di bawah.



1. Daun Pegaga dan Akarnya
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya.  Cuci bersih dan rebuskan di dalam peruk.  Stelah mendidik, angkat dan masukkan sedikit garam.  Ambil air rebusan yang telah suam dan gunakan untuk mencucui bahagian alat sulit.  Lakukan cara ini tiga kali seminggu dan hasilnya keputihan serta gatal-gatal akan segera sembuh

Rosfazlina bt Mustafar Kamar, Temerloh, Pahang | Mingguan Wanita Sept 02



2. Akar Bunga Raya
Ambil sejari akar bunga raya putih, basuh bersih-bersih dan rebus bersama kira-kira 10s, kunyit. Rebus higgal tinggal separuh airnya.
Amalkan meminumnya setiappagi dan malam selama tiga bulan. InsyaAllah


Sekiranya tidak mendatangkan perubahan, sila rujuk pada doktor sakit puan dengan segera.