Tips Menajamkan Mata Gunting

 Tips Menajamkan Mata Gunting | Gunting yang kerap digunakan pasti akan tumpul dan bila dah tumpul memang cukup menyesakkan.  Sebaiknya gunting tidak digunakan untuk semua jenis perkara tapi setiap gunting yang anda ada perlu untuk kegunaan yang khas seperti gunting sayuran, gunting fabrik dan sebagainya. 


Ada 3 cara mudah yang boleh digunakan untuk menajamkan kembali gunting yang tumpul.


1. Guna botol kaca
Jika gunting anda tumpul atau matnya berkarat, ambil botol kaca dan gosokkan gunting pada leher botol secara menegak (90°). Lakukan sebanyak 10 kali dan anda akan dapati gunting akan  kembali tajam seperti baru

Jelita Julai 95 | Zunimah Amjan, Tmn Bkt Rambai Melaka


2. Guna kertas pasir
ambil kertas pasir dan gunting kertas tersebut dengan gunting yang tumpul. Lakukan beberapa kali dan bersihkan mata gunting dari serbuk kerikil kertas pasir.


3. Guna aluminium foil
ambil aluminium foil, lipat dua dan buat potong menggunakan gunting yang tumpul .
Gunting dari dalam ke hingga hujung mata gunting. Lakukan banyak kali sehingga anda puas hati yang mata gunting telah kembali tajam


Tips penjagaan gunting
  • Asingkan penggunaan gunting dan tidak menggunakan gunting yang sama untuk sayuran, fabrik atau lain-lain kegunaan
  • Kerapkan meletakkan minyak pada sendiri gunting supaya ianya tidak keras