Nama Pokok : Ara Tanah @ Pokok Susu Nabi @ Susu Kambing @ Pokok Gelang @ Keremek Susu @ @Gelan Susu @ Asthma-Plant @Hairy Spurge Asthma Weed @Snake Weed @Tawa-Tawa (Filipina)
Nama saintifik : euphorbia hirta. Ia merupakan spesies tumbuhan daripada keluarga euphorblaceae.
Pokok susu nabi tumbuh meliar dan subur di kawasan tanah terbuka. Biasanya anda boleh melihatnya di halaman rumah, semak-samun, tepi jalan, taman dan kawasan terbiar.
Pokok ini mengeluarkan getah yang berwarna putih seakan-akan susu jika dipatahkan batangnya. Ketinggiannya lebih kurang 10 hingga 30 cm. Pokok susu nabi akan berbunga dan berbuah di celah-celah daun batang yang berbulu. Daunnya berwarna hijau kecoklatan dan batangnya hijau muda.
Khasiat Pokok Susu Nabi
Ada kajian yang menunjukkan pokok susu nabi ini sangat baik bagi kesihatan manusia. Itulah sebabnya ia dijadikan antara ramuan dalam perubatan tradisional. Pokok ini disediakan dalam perubatan tradisional dalam bentuk segar atau kering.
Antara bahan aktif yang terdapat dalam pokok herba ini ialah flavonoid, phenol, asid amino, antibakteria, sedatif, antikulat, antiradang, quercetine dan banyak lagi. Tidak hairanlah ia menjadi tumbuhan yang mampu meringankan pelbagai jenis penyakit.
Kajian mendapati ekstrak etanol yang terdapat di dalam pokok ajaib mempunyai antimikroba yang tinggi. Ia sangat berkesan bagi memusnahkan bakteria salmonella typhi yang menyebabkan penyakit tifus.
Selain itu, ekstrak bunga, batang, akar dan daunnya mempunyai bahan antioksida yang tinggi. Ini menyebabkan pokok susu nabi banyak digunakan secara tradisional di Malaysia, Nigeria, Filipina, India, Indonesia dan sebagainya.
Kegunaan
Sakit tekak dan ulcer mulut
Caranya ialah rebus pokok yang baru dicabut. Gunakan air rebusan untuk berkumur.
Hilangkan ketuat
Caranya ialah patahkan batang pokok. Sapukan getahnya di bahagian ketuat. Amalkan sehingga ketuat kering dan hilang.
Cirit-birit
Caranya ialah keringkan daun pokoknya yang segar. Kemudian, ambil sesudu teh daun yang dikeringkan. Rendam dalam air panas selama 5 hingga 10 minit. Amalkan 2 hingga 3 cawan sehari.
Luka dan ruam
Caranya ialah sapukan sedikit getah pokok pada luka dan ruam. Amalkan sehingga luka dan ruam kering.
Masalah kewanitaan
Kaum wanita yang ada masalah haid tidak teratur, senggugut dan sebagainya bagus amalkan air rebusan pokok ini.
Stres dan anxiety
Masyarakat Filipina menggunakan pokok 1001 khasiat ini untuk mengatasi masalah stres dan anxiety (kegelisahan). Caranya ialah rebus 50 g daunnya dengan 4 cawan air selama 3 hingga 4 minit. Minum secawan sebanyak 3 atau 4 kali sehari.
Sakit kuning bagi bayi
Bayi yang terkena sakit kuning atau jaundice boleh dimandikan dengan air perahan pokok ini.
Ubat sakit mata dan bengkak mata
Caranya ialah ambil sedikit getah pokok, sapukan pada kelopak mata atas dan bawah. Jangan pula titiskan getahnya di dalam mata ye.
Kudis, kurap, kayap dan panau
Caranya ialah sapukan getahnya pada bahagian yang terkena jangkitan.
Kecacingan
Kanak-kanak yang sering mengalami masalah kecacingan boleh menggunakan rawatan pokok herba ini. Caranya ialah ambil 15 hingga 30 g pokok ini (buang akar). Rebus daun pokok ini dengan beberapa helai daun betik.
Tambah 1 liter air selama dan masak selama 15 minit. Minum air sedikit sahaja setiap hari.
Asma
Caranya ialah air rebusan pokok herba ini diminum 2 kali sehari.
Gout
Bagi pesakit gout, rebuskan beberapa pokok susu nabi. Minum air rebusan setiap pagi dan petang.
Demam denggi
Bagi pesakit demam denggi, jika hendak tambah platelet darah boleh amalkan petua ini. Caranya ialah daun yang telah dikeringkan dijadikan teh minuman.
Bisul
Caranya ialah cabut pokok dengan akarnya sekali. Kemudian, cuci bersih-bersih dan ditumbuk halus. Sapukan pada bahagian bisul yang mempunyai mata.
Hentikan pendarahan dan kulit lebam
Caranya ialah cabut pokok susu nabi dengan akarnya sekali. Cuci bersih-bersih dan tumbuk kasar. Sapu pada luka yang masih berdarah dan kulit lebam.
Gatal kaki
Caranya ialah tumbuk daunnya bersama-sama sedikit kunyit hidup dan minyak kelapa. Gosok pada bahagian kaki yang terasa gatal.
Menambah susu badan
Caranya ialah rebus akar pokok ajaib ini dan minum 2 kali sehari.
Bronkitis
Ambil setengah genggam daunnya dan basuh hingga bersih. Kemudian, tumbuk halus dan ditambahkan 3/4 cawan air suam dan 1 sudu besar madu asli. Minum airnya 2 kali sehari.
Setakat ini sahaja perkongsian penulis tentang khasiat pokok susu nabi. Rupa-rupanya pokok yang tumbuh meliar di sekelliling rumah, ada 1001 khasiatnya. Biasanya kita mencabut sahaja pokok tersebut kerana menganggapnya seperti rumput.
Namun begitu, ingin penulis nasihatkan para pembaca sekalian untuk mendapatkan info yang lebih tepat daripada pakar. Jika anda mempunyai penyakit yang serius seperti asma, pendarahan, demam denggi dan sebagainya, dapatkan rawatan di klinik atau hospital terlebih dahulu.
Dikhuatiri anda mempunyai alahan tertentu dan tidak pasti bahan yang tersembunyi di dalam pokok susu nabi. Justeru, jadikan rawatan ini sebagai usaha sampingan sahaja. Jangan pula mengabaikan perubatan moden iaitu pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.
Anda juga boleh baca tentang khasiat pokok kelulut dan petua guna pokok dukung anak.
Rujukan
Pokok Susu Kambing (link) https://www.psherbs.com/pokok-susu-kambing/
Ubat Gout / Sakit Sendi
Sakit sendi dan gout antara sebahagian sakit yang sering dialami oleh orang lelaki dibandingkan dengan orang perempuan. Ia berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Hati isteri mana yang tahan kan setiap kali suami menahan sakit. Selain pengambilan ubat yang dibekalkan, ada baiknya anda mencuba petua ini untuk encik suami.
Sesiapa yang ada GOUT, mencari penawar paling mujarab, bolehlah mencuba
- Cari pokok ni, cabut sepokok, basuh cuci dengan akar, batang, daun dan buah sekali.
- Rebus dengan tiga gelas air sampai tinggal satu gelas.
- Amalkan minum pagi dan petang selama tiga hari…
Insha allah, stroke (lumpuh) dan gout akan pulih. Ikhtiar kita, Allah jua yang menyembuhkan.
Moga bermanfaat…
Petua ini dikongsikan oleh Che Aween menerusi laman facebooknya.
Sumber :
https://www.facebook.com/yatisygku.green
https://www.facebook.com/search/top?q=daun%20susu%20nabi
Social Plugin