Ambil sebiji tomato dan lecek. Kemudian ditapis, ambil air perahan tomato dan sapukan pada muka menggunakan kapas bersih. Biarkan kering dan bilas dengan air sejuk. Pastikan muka telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum air perahan tomato disapukan ke wajah untuk mengelakkan kotoran daripada melekat pada kulit muka. Selamat Mencuba
Para pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan info yang lebih tepat daripada doktor/pakar kesihatan. Jika anda mempunyai penyakit yang serius seperti asma, pendarahan, demam denggi dan sebagainya, dapatkan rawatan di klinik atau hospital terlebih dahulu.
Dikhuatiri anda mempunyai alahan tertentu dan tidak pasti bahan yang tersembunyi di dalam tumbuhan/pokok yang dikongsi.
Perkongsian di sini adalah sebagai usaha sampingan sahaja. Jangan pula mengabaikan perubatan moden iaitu pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.
Social Plugin