Tip Untuk Perut Lebih Menarik

Kenapa ada sesetengah orang begitu mudah mengumpul lemak di bahagian perut, dengan kata lain perut cepat buncit. Lebihan lemak di perut mereka berpunca dari faktor genetik, stres, kurang tidur, pemakanan tidak seimbang dan lain-lain. Nak kecilkan perut buncit tapi ianya memerlukan masa. 


Jangan bimbang kerana kalau ada usaha, kita pasti boleh mengubah dan berubah dengan potongan badan yang lebih cantik dan perut kempis tak mengelebeh. Teruskan bacaan anda untuk mengetahui helah dan trik supaya perut kurang nampak buncit dan tampil cantik sentiasa.





Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

  • Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

  • Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

  • Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

  • Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

  • Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.



Sebagai tambahan, mungkin anda boleh mencuba dengan mengenakan sapuan seperti dibawah :

1. Ambil 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih   dan 20 titik minyak kayu putih.
2. Gaul kesemua bahan ini hingga mesra dan sapu pada kesan-kesan mengelebeh.
3. Sapukan pada perut anda setiap hari ketika masuk tidur.

Amalan untuk mengurangkan perut buncit