10 Khasiat Buah Limau Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Mudah

10 Khasiat Buah Limau Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Mudah | Limau kasturi mahupun limau nipis memang sedap kalau dimasukkan kedalam sirap buat minuman dan memang banyak kegunaannya selain untuk diperah pada ikan atau makanan laut untuk dibasuh. Selain itu limau purut dan lemon juga turut digunakan untuk kesihatan dan kecantikan namun kerana harganya yang agak mahal jadi limau kasturi dan limau nipis menjadi pilihan.

Jom lihat antara 10 khasiat dengan limau yang boleh digunakan untuk merawat batuk, merawat  demam, merawat ketiak berbau, merawat  pening kepala, merawat  lelah, ubat kurus, merawat kelemumur, menghilangkan minyak pada baju, mewangikan rambut, mengilatkan cermin mata dan banyak lagi

10 Khasiat Buah Limau Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Mudah Didapati



1 . merawat batuk
campurkan air limau kasturi dengan kicap dan sedikit garam dan diminum setiap pagi dan malam.  Anda akan berasa lega kerana batuk akan beransur pulih



2. merawat demam
ambil 2 - 4 gengam daun limau kasturi ataupun daun limau nipis.  Rebus dengan 2 - 4 gelas air dan air rebusuan ini untuk menuam pesakit yang demam.
Caranya : Basuh kain pada air rebusan dan kemudian diperas, tempelkan kain tersebut pada dahi pesakit.



3. merawat ketiak berbau
Sediakan limau nipis yang dicampur kapur sirih.  Selesai mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh.  Laukan setiap pagi dan petang selepas mandi.



4. merawat pening kepala
ambil sebiji limau ksturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.  Picit kulit limau kasturi sehingga jusnya dan terpancut ke arah hidung. Sememangnya anda akan merasa pedih seketika tapi ini akan mengulang atau menghilangkan pening kepala.  Semasa memicit buah limau ni pastikan tidak terkena mata.



5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali. 



 6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.



7 . Merawat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali. 



8 .Menghilangkan minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.



9 . Mewangikan Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.



10 . Mengilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.



270720/40