Petua Mengurangkan Panas Badan | Cuaca panas sering menyebabkan panas badan tapi bukan demam dan kadangkala kita merasa demam oleh kerana perubahan cuaca yang bertukar secara tiba-tiba dari panas ke hujan. Bagi orang dewasa, bukan suatu masalah besar sebab kita akan cuba pelbagai cara selain berjumpa doktor. Jom cuba petua mengurangkan panas badan sekiranya berlaku kepada anak anda atau diri anda sendiri.
Jom cuba cara kurangkan panas badan
Petua Mengurangkan Panas Badan |
Suhu Tubuh Normal – Dewasa
Untuk orang dewasa, suhu tubuh normal biasanya antara 36.5 sampai 37.5 darjah celcius.
Suhu Tubuh Normal – Anak-Anak
Anak- anak berumur 3-10 tahun biasanya memiliki suhu tubuh antara 35.5 hingga 37.,5 darjah celcius.
Suhu Tubuh Normal – Bayi
Normalnya, bayi berusia 0-2 tahun memiliki suhu tubuh sekitar 36.6 hingga 37 darjah celcius. Suhu tubuh mereka akan meningkat saat ia sedang tumbuh gigi.
Suhu tubuh bayi memang lebih tinggi dibanding orang dewasa. Apalagi, jika pengukuran suhu dilakukan melalui telinga atau ketika. Hal ini disebabkan bayi memiliki area permukaan tubuh yang lebih luas dibanding anak-anak atau orang dewasa. Selain itu, tubuh bayi juga aktif secara metabolik, sehingga dapat menghasilkan panas yang lebih tinggi. Dan tubuh bayi juga tak banyak mengeluarkan keringat saat mulai hangat. Jadi, jangan bimbang kalau suhu tubuh normal bayi anda cukup tinggi.
Petua Mengurangkan Panas Badan
1. Ambil lidah buaya, diambil lendir dan disapukan ke seluruh badan, selain meredakan demam panas, lendir lidah buaya boleh digunakan untuk masalah kulit terbakar dan mengelupas.
2. Minum beberapa gelas air suam. Lakukkan setiap hari sampai suhu badan sudah turun
kiriman : Mazlinda, Taman Desa Keramat / sumber : Mingguan Wanita April 2003
3. Apabila mandi, ambil satu cedok air dan lakukkan dari bawah ke atas dan diikuti seperti baisa selepas itu. Cara ini amat mujarab untuk menurunkan suhu badan yang panas
kiriman : Mazlinda, Taman Desa Keramat / sumber : Mingguan Wanita April 2003
Sekiranya badan masih tetap panas dan masih demam untuk 3 hari berturut-turut, disyorkan anda dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.