Petua Menghilangkan Kelemumur

Petua Menghilangkan Kelemumur | 3 Petua mudah dan murah yang boleh anda lakukan di rumah dan bahan-bahan yang cukup mudah didapati.


Petua Menghilangkan Kelemumur


Jom cuba cara mudah dan murah hanya di rumah sahaja.



Petua 1:

Basahkan kepala dengan santan kelapa/  Pastikan santan rata  diseluruh kepala.  Biarkan seketika dan kemudian dicuci dengan shampoo yang sesuai. 


Petua 2:

Amalkan selalu rambut akan kembali berkilat dan kelemumur hilang.

Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas diatas kepala hingga mengeluarkan air.  Lakukan sekerap mungkin dan amalkan selepas bersyampoo. Ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum


Petua 3:

Ambil 10 biji belimbing buluh, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan,  Sapukan rata2 paa kepala dan rambut hingga campuran itu habis.  Balut kepala dengan tuala dan biarkan sekejap. Kemudian bilad dengan air bersih.  Amalkan seminggu sekali. Insha Allah kelemumur akan hilang.