1. Air mandian
Setiap kali mandi, ambil air dari hujung rambut dan sapu ke muka dari bawah ke atas sambil membaca selawat keatas nabi.
Petua dari Siti Asmah Ahmad, Johor | Majalah Jelita
2. Sirih, Bawang Merah Dan Kemenyan
Ambil tujuh helai daun sirih, tiga ulas bawang merah, kemenyan sebear ibu jari, digiling sampai lumat. Tempel atau lekatkan ia di dahi. InsyaAllah rasa pening akan hilang
Petua Madziah Abbas, 38C Tanah Kot Manir, KT | Majalah Jelita Julai 1995
3. Limau Kasturi
Ambil sebiji limau ksturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Picit kulit limau kasturi sehingga jusnya dan terpancut ke arah hidung. Sememangnya anda akan merasa pedih seketika tapi ini akan mengulang atau menghilangkan pening kepala. Semasa memicit buah limau ni pastikan tidak terkena mata