Ambil sehelai daun sesudu dan layurkan pada api hingga daun itu agak layu
Daun yang masih suam dipicit airnya ke dalam telinga beberapa titis
Biarkan seketika. Ulang dua tiga kali sehari.
InsyaAllah dalam maa singkat telinga akan pulih tapi kalau masih tidak baik, sila dapatkan rawatan di klinik dengan segera.
Selamat mencuba
Sharifah Rohani Syed Shuib, 33600 Enggor
Majalah Jelita Julai 1995 Pokok sesudu (Euphorbia Nerrifolia) mudah ditemui di kawasan kampung. Daunnya sesuai untuk digunakan sebagai rawatan sakit telinga samada telinga bernannah ataupun sakit dalam telinga. Ada yang mengatakan daun sesudu ini boleh dijadikan sebagai bahan penyedap untuk masakan tertentu.
Para pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan info yang lebih tepat daripada doktor/pakar kesihatan. Jika anda mempunyai penyakit yang serius seperti asma, pendarahan, demam denggi dan sebagainya, dapatkan rawatan di klinik atau hospital terlebih dahulu.
Dikhuatiri anda mempunyai alahan tertentu dan tidak pasti bahan yang tersembunyi di dalam tumbuhan/pokok yang dikongsi.
Perkongsian di sini adalah sebagai usaha sampingan sahaja. Jangan pula mengabaikan perubatan moden iaitu pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.
Social Plugin