Petua Ubati Demam

Petua Ubati Demam | Bila anak demam, memang cukup merisaukan bila demam tak kebah dan anak mula merengek dan lebih teruk ada anak yang akan meracau bila badan menjadi terlalu panas. Paling membimbangkan anak akan terkena sawan bila suhu badan mereka menjadi terlalu tinggi. 


Anak-anak yang demam adalah salah satu proses pembesaran antaranya demam sebab gigi hendak tumbuh atau demamnya bila cuaca di luar rumah yang panas seperti sekarang ni. Apa pun ibu bapa harus perhatikan bila anak demam dan kadar kepanasan anak tidak menurun dan mengambil masa lebih dari 3 hari. Segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan rapi.

Petua Ubati Demam



Kalau dulu sewaktu anak kecil, di rumah memang tesedia ubat yang akan dimasukkan kedalam punggung anak dan bila suhu tinggi sahaja kami akan masukkan ubat bontot atau ubat peluru kedalam dubur anak. Suppostori (supp) PCM sama seperti sirap tapi ini lebih mudah sebab waktu anak tidur kita boleh masukkan ke dalam punggung anak atau anak jenis yang sukar makan ubat dan doktor recommend beri supp Paracetamol (PCM) yang merupakan ubat (bahan aktif) sama seperti ubat demam yang dimakan cuma medium dan cara pemberian yang berbeza. Jarak antara pemberian supp dan sirap PCM hendaklah 4-6 jam bagi mengelakkan terlebih dos harian

Mungkin ibubapa boleh mencuba beberapa petua tradisioal yang lain antaranya

1. Daun bunga raya putih
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa dan ramas-ramas didalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya.  Sapukan hingga anak anda kembali selesa.



2. Demam Campak dengan air kelapa hijau

Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campak dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali.  apa bintik-bintik merah campak habis keluar, sapurkan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk aau diksar halus besama-sama daun cermai dan kunyit basah.  Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering.  Sapukan sekurang-kurangnya tiga kali.  InsyaAllah kesan campak berbintak hitam akan hilang dan demam akan reda.


3. Nila baju untuk Demam Kuning
Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda.  Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya.


Petua Ubati Demam
buah keranda sumber Google



4. Buah Keranda atau daun belimbing untuk demam kuning
Jika ada tanda-tanda penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing.  Mandikan bayi dengan air rebusan yang dicampur dengan air sejuk.  Biarkan ia suam sebelum dimandikan.


5. Daun limau kasturi
ambil 2 - 4 gengam daun limau kasturi ataupun daun limau nipis.  Rebus dengan 2 - 4 gelas air dan air rebusuan ini untuk menuam pesakit yang demam.
Caranya : Basuh kain pada air rebusan dan kemudian diperas, tempelkan kain tersebut pada dahi pesakit.

Selamat mencuba