4 Petua Mencantikkan Alis Mata Dan Bulu Kening | Pasti ramai inginkan alis mata yang hitam serta lentik dan punya kening yang lebat dan hitam yang pastiknya akan membuat wajah seorang wanita tu bertambah menarik. Jadi jom cuba petua mudah dan tidak menyakitkan apalagi memberi kesan yang buruk kerana penggunaan bahan yang mudah didapati di dalam rumah kita.
![]() |
4 Petua Mencantikkan Alis Mata Dan Bulu Kening Pix kredit Google |
Menghitam alis mata
ambil 10 cengkih yang kering dan tua lalau dibakar hingga menjadi arang. tumbuk hingga halus sebelum dituang ke dalam botol berisi minyak buah keras. Apabil keduaduanya sebati, sapukan ke seluruh bahagian alis mata dengan hujung jari, rata tapi tipis. Lakukan selama dua minggau berturut-turut. Hasilnya alis mata kelihatan hitam dan cantik.Bulu mata lentik dan hitam
Ambil lendir pokok lidah buaya, sapukan pada bulu mata setiap malam sebelum tidur. Lakukan sehingga anda nampak perbezaannya.Bagi ibu yang menyusukan bayi, cuba sapukan susu badan anda ke bulu mata selepas selesai menyusukan bayi anda. Lakukan seberapa kerap dan anda akan lihat bulu mata anda bertambah lebat, lentik dan cantik.