Mengatasi Jerawat Dan Kulit Kasar

Mengatasi Jerawat Dan Kulit Kasar Dengan Kacang Hijau


Mengatasi Jerawat Dan Kulit Kasar
Pix kredit Google

Cara penyediaan:

Ambil segenggam kacang hijau, dibasuh dan direndam sehingga kulitnya pecah dan terlerai.  Kisar kacang tersebut dengan sedikit air hingga halus. Jangan terlampau cair kerana ianya akan digunakan seakan skrub.

Ketika mandi, ambil sedikit kacang hijau yang dikisar dan sapukan pada wajah dan seluruh anggota badan hingga rata. Biarkan selama dua hingga tiga minit.  Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.

Anda tidak perlukan sabun kerana ia akan mengeluarkan segala kotoran pada badan anda.

Cubalah dan rasai perbezaannya selepas mandi dan difahamkan ini adalah petua tradisional orang India Selatan.

Kredit : Majalan MW Sept 02
K.Gayatri
Sg Nibong, Bayan Lepas