Petua Meluruskan Rambut Tanpa Ke Salun

Petua Meluruskan Rambut Tanpa Ke Salun | Bagi mereka yang suka mengerintingkan rambut pasti pernah mengalami masalan rambut terutamanya bila kerintingnya makin hilang, rambut tidak bermaya dan sukar untuk diluruskan dan kembali sihat seperti sediakala.


Petua Meluruskan Rambut Tanpa Ke Salun



1. Santan Kelapa  Dan Limau Nipis

Perah sebiji kelapa dengan menggunakan air sebanyak segelas kemudian perahkan limau nipis. Simpan santan pekat ke dalam peti sejuk sehingga bahagian atasnya seakan berkrim.  Gunakan krim ini untuk diurut ke kulit kepala dan seluruh rambut.  Lurut sehingga mengenai keseluruhan rambut dan kemudian balut dengan tuala panas selama satu jam.  Selepas itu dibilas dengan air bersih.  Lakukan sebanyak tiga kali seminggu dan anda akan lihat rambut akan kembali lurus sedikit demi sedikit.
Zakiyah Tongah, Pelabuhan Klang | Mingguan Wanita Apr 03




2. Telur Dan Tepung Gandum

Bancuhkan dua biji tleur besama sedikit tepung gandum.  Lembabkan rambut dengan menggunakan penyembur air tapi jangan terlalu basah.  Kemudian sapukan bancuhan telur dan tepung keseluruhan rambut anda.  Sikat rambut supaya rambut lurus dan biarkan dalam beberapa minit.  Bilaskan dengan air bersih.  Lakukan dua kali seminggu dan lihat pada perubahannya.

Masdiyanh bt Mohd Salim, Spg Renggam, Jiohor | Majalah Wanita Sept 02