Petua Kurangkan Kesan Melecur Apabila Terkena Minyak Panas

Petua Kurangkan Kesan Melecur Apabila Terkena Minyak Panas | Orang perempuan mahupn tukang masak kalau tak pernah mengalami terkena percikan air panas, minyak masak sewaktu memasak adalah sangat biasa malah ada yang melecur tangan sewaktu mencuci dapur yang masih panas.

Cara yang paling pantas ialah dengan melalukan air di tangan ataupun bahagian yang terkena minyak panas tersebut.





Petua 1 
ambil ubat gigi atau kicap atau majering dan sapu ke bahagian yang terkena minyak panas.  Pastikan sapu dengan rata hingga menutupi bahagian yang terkena percikan minyak.  Biarkan hingga benar-benar kering dan boleh dibasuh.


Petua 2
Ambil susu cair atau kentang mentah yang diparut. Sapukan ke tempat melecur dan kulit tidak akan melecur.


Petua 3
Ambil sebiji telur, pecahkan dan kacau.  Dengan menggunakan kapas, sapu telur pada bahagian yang melecur.  Bila kering, sapu lagi dan buat beberapa kali.



Petua 4
Ambil lendir daun lidah buaya atau Aloevera dan juga buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat, korang sapu pada bahagian kulit yang terkena minyak atau air panas


Petua 5
Ambil kapur sirih dan sapu hingga kering. Ulang bebeapa kali. Petua ini akan membuatkan kesan terkena minyak panas itu bebas parut. 


Petua 6
Letak kopi pada bahagian tersebut. Biarkan selama 10 minit. Kulit tidak akan melecur atau melepuh dengan teknik ini


Petua 7
Sediakan getah pelepah pisang dan sapu pada kulit yang melecur dengan sekata. Jangan terkena air untuk elak kulit melepuh


Post a Comment

0 Comments