Bilik Air Dan Tandas Bersih Berseri-seri

Bilik Air Dan Tandas Bersih Berseri-seri | Semua orang sukakan tandas yang bersih bukan? Kita cukup risau sekiranya terpaksa menggunakan  tandas awam sekiranya berhenti di R&R tapi sudah namanya tandas awam yang menjadi kegunaan orang ramai tapi kalau untuk tandas rumah kita boleh cuba petua tandas bersih dan membersihkan bilik air dibawah

Bilik Air Dan Tandas Bersih Berseri-seri


1. Mencuci lantai dan jubin


Cara 1
Percikkan atau tuangkan cecair peluntur di seluruh lantai tandas ataupun di tepi-tepi mangkuk tandas dan sink. Biarkan semalaman dan bersihkan seperti biasa pada keesokan hari an lihat sendiri hasilnya.


Cara 2
Campurkan cecair peluntur dengan cuka dan semburkan di semua kawasan lantai dan dinding.  Biarkan ia kering sebelum membilas.  Jika kotoran masih degil, gunakan baking soda yang dilarutkan dalam sedikit air dan gunakan berus gigi terpakai untuk menggosoknya


Cara 3
Caranya mudah, campurkan saja kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan pes ini pada lantai, dinding, atau mana-mana bahagian tandas. Biarkan selama 15 minit dan selepas itu bilas dengan air bersih. Mudah!



2. Cara Membersihkan Lubang Tandas

Semburkan larutan cuka ke dalam mangkuk tandas serta bahagian tempat duduk, penutup dan bahagian yang lain dan biarkan selama beberapa minit dan kemudian digosok.  Inginkan lebih wangi, boleh tambahkan sedikit tea tree oil atau perahan lemon.  Selepas digosok dan kotoran sudah tanggal, basuh seperti biasa


Selamat mencuba