Petua Menggoreng Masakan Agar Cantik Dan Tidak Melekat

Petua Menggoreng Masakan Agar Cantik Dan Tidak Melekat | Pasti ramai diantara kita merasa tidak puas hati bila ingin menggoreng ayam, ikan mahupun pisang goreng bila hasilnya tidak cantik hingga mood makan turut tidak bersemangat.  Jadi, jom cuba petua yang mungkin boleh mengembalikan ceria ketika menggoreng apalagi ketika melihat hasilnya.

Petua Menggoreng Masakan Agar Cantik Dan Tidak Melekat
Pix sumber Google


Elak Kuali Tidak Melekat
Ketika menggoreng, masukkan sekeping asam gelugur ketika menggoreng ikan dan hasilnya isi ikan tidak akan melekat di kuali

Supiah Yahya, Kajang | Jelita Jul 1995


Pisang Goreng
Ramai telah mencuba pelbagai usaha untuk mencantikkan goreng pisang.  Kalau ikut cara orang Utara, panaskan minyak masukkan kulit pisang dahulu kemudian barulah masukkan pisang. Lihat hasilnya, ia tidak mudah hangus

Siti Rahmah Mohamed, bkt Mertajam | Jelita Jul 95


Menggoreng Ikan/Ayam
Menggoreng ayam atau ikan pasti ada cara supaya tampak menyelerakan.  Salah satu caranya: Sebelum mengoreng, sediakan hirisan kunyit.  Panaskan minyak secukupnya (sehingga keseluruhan bahagian ayam/ikan terendam) dan masukkan hirisan kunyit tadi bersama ke dalam minyak.


Majalan | Jelita Julai 1995