Pokok Puding Hitam / Puding Belaan / Daun Wungu / Daun Ungu / Demung / Tulak / Daun Putri / Daun Temen Temen / Dangora / Karoton
Nama saintifik : Graptophyllum pictum var. luridosanguineum
Jangan terkeliru pulak dengan pokok puding lain yang selalu dijadikan hiasan. Pokok puding hitam ini di Negeri Sembilan daunnya dimasukkan dalam bersama rendang ayam atau itik.
Daunnya berwarna merah hati (agak gelap) dan mempunyai daun yang lebih lembut. Jarang dijadikan hiasan, tetapi rasanya memang amat sedap bila dicampurkan ke dalam masakan rendang ayam atau daging. Hidangan istimewa ini lebih terkenal di Negeri Sembilan dan sangat istimewa.
Merupakan tanaman perdu yang mempunyai batang tegak, tinggi boleh mencapai 3 meter. Posisi daun berhadap-hadapan . Bunganya indah bersusun dalam satu rangkaian tandan berwarna merah.
Pokoknya agak tinggi berbanding dengan pokok puding yang lain dan berbunga agak besar dan menarik. Namun penanamannya juga adalah melalui keratan batang sahaja.
(KEGUNAAN MASAKAN / MAKANAN)
Pokok puding hitam ini di Negeri Sembilan daunnya dimasukkan dalam bersama rendang ayam atau itik.
Sebaik ayam atau itik masak dan santan pecah minyak, barulah daun puding hitam yang sudah dibuang urat tengah dimasukkan dan dibiarkan selama 10 minit sebelum ditutup api dan dihidangkan.
Daun pokok puding dikatakan mampu menambahkan keenakan rendang dan menaikkan aroma masakan itu sendiri, menjadikan sajian rendang ini berbeza dengan rendang biasa.
Apabila dimasukkan ke dalam rendang ianya tidak mudah hancur kerana tekstur nyer yang unik. Sebenarnya sebab rahsia dimasukkan daun pucing belacan ke dalam rendang adalah SIFAT ANTIBIOTIK daun puding menyebabkan rendang kekal segar dan tidak menjadi basi terlalu awal.
(KEGUNAAN PERUBATAN)
Daun berkhasiat sebagai pelancar air kencing (diuretik), mempercepatkan masak ulser, julap ringan dan pelembut kulit (emollient).
Bunganya berfaedah mujarab sebagai kelancaran haid.
BUASIR .
10g daun puding (daun ungu) dibersihkan lalu direbus dengan 2 gelas air hingga air rebusan jadi 1 gelas. Setelah dingin, saringkan. Minum pagi dan petang setiap kali 1/ 2 gelas.
atau.
10 g daun puding (daun ungu) dan 15 g daun sendok (plantago major), keduanya dicuci bersih dan direbus dengan 3 gelas air sehingga tinggal 2 gelas. Setelah dingin disaring minum pagi dan petang masing2 1 gelas.
atau.
daun ungu dan daun pegaga (centella asiatica) masing-masing 1 genggam , 3 tanaman tempuh wiyang / ketumbit jantan (emilia sonchifolia), bawang merah dan adas (foeniculum vulgare) masing2 3 butir, pulasari / (alyxia reinwardtii) dan rimpang kunyit masing2 1/2 jari, Lalu diptong-poyong seperlunya. Tambahkan 3 gelas air bersih lalu direbus sampai tersisa 2 gelas. Selepas dingn dibahagikan dua dan minum pagi dan petang.
BENGKAK TERPUKUL / MEMAR
Kulit batang daun ungu dibersihkan lalu ditumbuk halus. Bahan tersebut lalu diletakkan di bahagian badan yang bengkak lalu dibalut. Ganti 2 kali sehari
BISUL DI PAYUDARA
Daun ungu segar dicuci bersih lalu oleskan santan kelapa.Layur atas api. Tampal pada payudara yang bisul.
BENGKAK / MEMATANGKAN BISUL.
Daun ungu dibersihkan lalu dipipis bersama gula merah secukupnya sehingga menjadi seperti bubur. Letakkan ramuan tadi di bahagian yang bengkak atau bisul, kemudian dibalut. Ganti 2 kali sehari.
atau.
Daun ungu segar dibersihkan lalu disapu minyak kelapa kemudian dilayurkan atas api. Tempel pada bisul atau bengkak.
DATANG HAID TIDAK LANCAR.
Bunga daun ungu kering sebanyak 1 genggam diseduh dengan 5 gelas air panas. Minum seperti teh pada waktu menjelang haid.
SEMBELIT
7 lembar daun ungu segar dicuci bersih. Tambahkan 2 gelas air lalu direbus hingga tersisa 1 gelas. Selepas dingin saring dan minum sekaligus.
SAKIT TELINGA
Daun ungu segar dicuci bersih lalu dibilas dengan air masak. Tumbuk sampai lumat lalu diperas. Gunakan air tersebut sebagai air titisan telinga.
SAKIT SENDI
Tumbuk daun ungu, oleskan pada sendi yang terasa sakit.