10 Rahsia Elak Wajah Dari Berkedut Elok Untuk Diamalkan

10 Rahsia Elak Wajah Dari Berkedut Untuk Diamalkan | Bila usia makin meningkat kita pasti lihat kulit keriput dan kering membuat kita terkadang jadi tertekan. Jenuh mencari serum untuk kulit kedut, produk untuk kulit kedut tapi mahal harga yang tak mampu kita dapatkan1- . Jom cuba 10 rahsia elak wajah dari berkedut elok untuk diamalkan dan moga dapat merawat kulit kedut anda/

Sememangnya kulit kering serta peningkatan usia adalah antara penyebabnya tapi ada beberapa rahsia yang patut diamalkan untuk elak wajah dari berkedut antaranya 

Bahan mudah untuk didapati bagi mengelakkan kulit keriput usia muda dan boleh jimat tanpa produk untuk kulit kedut yang berharga mahal malahan kebanyakan memang sedia ada di rumah saja antaranya:

  1. Beras
  2. Putih telur ayam kampong
  3. idah buaya
  4. Ikan
  5. Koko
  6. Madu
  7. Buah-buahan dan sayuran
  8. Air Kosong
  9. Krim Pelembap
  10. Sabun atau cecair mandian 


 10 Rahsia Elak Wajah Dari Berkedut Elok Untuk Diamalkan 

 10 Rahsia Elak Wajah Dari Berkedut Elok Untuk Diamalkan 

1. Beras 

Kandungan kanji asli didalam beras adalah selamat digunakan malah beras bersifat elastic sangat sesuai untuk menegangkan serta membuat kulit muka menjadi anjal. 

Caranya:

Ambil segengam beras, di basuh 1 kali dan kemudian di rendam buat semalaman supaya menjadi lebih lembut dan kembang.  Kemudian toskan beras tersebut dengan penapis hingga kering dan kemudian di tumbuk sehingga benar-benar halus seakan tepung.  Ambil sedikit dan campurkan susu segar, digaul hingga sebati dan sapukan ke seluruh muka seakan memakai masker selama 15 hingga 20 minit.  Bilas muka dengan air suam dan dapat kita rasa kelembutan pada kulit wajah.  Disarankan menggunakan mastker beras ini 3 kali seminggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.


2. Putih telur ayam kampong

Telur ayam kampong mengandungi khasiat, nutrisi serta vitamin E yang mampu membantu menegangkan kulit muka serta membantu kulit muka lebih putih dan tegang. Selain ianya murah, ianya agak mudah didapati dan tanpa bahan campuran 

Caranya: 

Asingkan putih telur dari kuning telur dan kemudian sapukan putih telur pda muka secara menyeluruh.  Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan pastikan ianya betul-betul kering.  Bilas muka dengan air suam sehingga bersih.  Sebaiknya gunakan masker putih telur ini selama sebulan dan rasainya kelainan pada kulit muka kita


10 Rahsia Elak Wajah Dari Berkedut Elok Untuk Diamalkan 
sumber  : dermalogica.com


3. Lidah buaya 

Khasiat lidah buaya memang cukup dikenali dan sering digunakan didalam produk kecantikan muka.


Caranya: 

Kerat sebatang daun lidah buaya, asingkan isi yang jernih dan kemudian disapukan ke bahagian muka sehingga menyeluruh.  Biarkan ianya kering dalam 20 minit dan bilas muka dengan air suam. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan kesannya pasti tidak mengecewakan dan lakukan secara konsisten selama sebulan


4. Ikan

Perbanyakan memakan ikan segar dan kalau mampu dapatkan ikan salmon yang kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekaligus mengelakkan kedutan pada wajah.


5. Koko

Sebaiknya anda menukar minuman harian anda dari kopi ke koko yang banyak manafaatnya. Kandungan antioksidan dalam koko membantu pengaliran darah di dalam badan dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan air serta menajdaikan kulit sentiasa lembap


6. Madu

Punya ciri pelembapan dan anti bakteria dengan pelbagai khasiat yang tersembunyi dan enzim yang terkandung didalam madu membantu kulit lebih tegang dan bersinar.


Caranya: 

Sapukan madu di muka secara menyeluruh dengan beberapa lapisan.  Bairkan selamat 15 hingga 20 minit, kemudian di bilas dengan air suam sehingga bersih. Laukan sebanyak 3 kali seminggu dan pasti teruja dengan hasil kulit yang menegang dan bersinar.

Pastikan madu yang di ambil merupakan madu asli tanpa bahan campuran atau madu kelulut yang punya fungsi yang sama.


7. Buah-buahan dan sayuran

Jadikan kebiasaan memakan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, E dan C kerana ianya mampu menghindarkan kulit dari menjadi kering malahan akan membuatkan kulit kita sihat dan lembap.


8. Minum air kosong  

Pengambilan air yang secukupnya mampu membuatkan kulit kita lembab tampa malah meminum 8 gelas air sehari dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit kita.


9. Krim Pelembap

Gunalah krim pelembap yang mempunyai minimum SPF-30 bagi mengatasi masalah kulit kering kerana selain kekerapan kita berada di persekitaran berhawa dingin mahupun di bawah sinaran matahari akan membuatkan kulit kita mudah kekeringan jadi krim pelembap dengan vitamin C membantu melindungi serta mengekalkan kelembapan kulit wajah.


10. Sabun atau cecair mandian 

Selain pelembap, pastikan sabun atau cecair mandian yang digunakan mengandungi pH seimbang, sesuai keadaan kulit dan elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat yang boleh mengeringkan kulit