Petua Hilangkan Pijar Tangan

Pijar tangan akibat terkena cili ni memang sesuatu yang lazim terjadi tak kira sewaktu kita gunting  cili kering mahupun tumbuk cili tu pasti terpercik hingga tangan terasa pijar tak boleh bawa bincang. Ada yang mencuba letak tangan di air paip, letak dalam beras dan bermacam cara lagi.



Jom cuba cara menghilangkan pijar akibat cili, lada, cabai dan seangkatan dengannya adalah seperti berikut :-


1. Lumurkan garam atau gula

Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan garam pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa. Atau, boleh juga ambil sebekas air suam dan campurkan sedikit garam. Rendamkan tangan ke dalamnya selama lebih kurang 5 minit atau sehingga rasa pijar semakin reda.


Selain menggunakan garam, ada juga yang menggunakan gula dengan kaedah yang sama.


2. Gengam beras

Satu lagi petua hilangkan pijar yang diajarkan oleh Mak Ayah kita adalah memasukkan tangan ke bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Memang lega. Apapun, pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya.


Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa.


3. Susu Pekat

Seterusnya, kalau ada susu pekat atau susu cair, boleh juga digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus.


Caranya, tuangkan sedikit susu ini ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.


Jadi saya gunakan minyak masak. Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalsm komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar. Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun. Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.


4. Beras. 

Benamkan bahagian yang pijar kedalam timbunan beras. Agak-agak berapa minit tu nak benam?, tiada ketetapan masa, terpulang tahap kepijaran kalian. Mokmaness hari tu tak sampai 10minit sebab tu tak berkesan kot, kurang kesabaran. 'Assobru minal iman' ye anak - anak.


5. Asam Jawa. 

Ramaskan asam jawa bersama sedikit air, jadikan seperti paste kemudian lumurkan di jari jemari runcing kalian. Biarkan seketika sebelum cuci bersih. Biasa demam je kan demah dengan air asam jawa ni. Banyak bethul manfaat dia.


6. Kelapa.

Parut sebiji kelapa, perah santan dan simpan. Hampas kelapa tu kita lumurkan pada tangan hingga terasa panas keluar.


7. Air Suam.

Campurkan garam dalam sebesen air suam dan rendamkan tangan yang pijar sehingga hilang rasa itu. Besen besar mana?, agak - agak boleh muat untuk rendam tangan cukup le tu.


8. Minyak masak

Sapu dengan minyak masak kesuluruh tangan, anda akan terasa bahangnya dan kemudian hilang pijarnya