8 Tip Untuk Hilangkan Kulit Gelap Di Badan Dengan Bahan Semulajadi

8 Tip Untuk Hilangkan Kulit Gelap Di Badan Dengan Bahan Semulajadi | Kesan gelap pada sekitar bawah lengan sememangnya cukup membuat sesiapa saja hilang keyakinan diri walau ianya tidak dilihat oleh orang lain. Sungguhpun begitu, bagi mereka yang menggemari memakai pakaian tanpa lengan, anda harus berwaspada sekiranya terdapat kesan gelap pada bawah lengan anda.


Perubahan warna kulit di sekitar bawah lengan berlaku disebabkan pengumpulan sel kulit mati, kekerapan bercukur, penggunaan deodoran dan perubahan hormon semula jadi terutama bagi wanita selepas melahirkan anak.

8 Tip Untuk Hilangkan Kulit Gelap Di Badan Dengan Bahan Semulajadi


Mungkin tip penjagaan bawah lengan dengan bahan semulajadi yang mudah didapati seperti berikut dapat membantu sekiranya anda mengalami masalah kulit gelap tanpa perlu berbelanja besar.


Selamat mencuba!


1. Lemon 

Iaya terbutkit mencerahkan kulit, lemon juga boleh digantikan dengan limau nipis yang mempunyai manfaat yang sama.  Kandungan vit C berfungsi mencerahkan bawah lengan, semenara tekstur buah dan jusnya membantu melawan bakteria dan menanggalkan sel kulit mati.


Cara : ambil sebiji lemon dan hiris nipsi.  Gosok hirisan lemon pada kawasan gelap antara 3 - 5 minit dan bilas dengan air bersih.

Amalkan setiap 2 hari dan perhatikan perubahan pada warna kulit anda.


2. Timun

Timun mengandungi antioksidan yang dapat membantu menanggalkan sel mati dan merangsang pembentukan sel kulit baru.  Lembapan yang dihasilakn timun memberi manfaat pada kulit sekaligus menghindar pembentukan bakteria.


Cara : Hiris nipis atau lumatkan untuk mendapatkan jusnya. Lumur timun bersama jusnya pada bawah lengan dan biarkan kering selama lebih kurang 1 jam. Bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan bersama lemon.

kita akan nampak cantik bika membuat apa yang apa yang kita cintai


3. Baking Soda

Kandungan garam dalam baking soda boleh digunakan untuk skurb dan menanggalkan sel kulit mati.


Cara : ambil 2 sudu baking soda dan campur dengan sedikit air. Gosok bawah lengan dan biarkan mengering selama 10 - 15 min. Bilas, sapu sedikit serbuk baking soda seperti bedak dan biarkan. Jarakkan kaedah 2 x seminggu. Berhenti bila berlaku iritasi kulit.


4. Kulit Limau

Kulit limau elok dijadikan scrub dan khasiat dalam kulit limau bagus untuk pengelupasan kulit.

Cara : ambil sebiji limau dan kupas, jemur kulit limau sehingga kering dan kisar halus. Tambahkan sedikit airatau susu segar untuk memudahkan bancuhan melekat pada kulit  dan gosok kira-kira 10 minit.  Sel kulit mati akan mengelupas dan bilas bersih dengan air sejuk. Ulang dalam 2 x seminggu



5. Ubi Kentang

Kentang boleh mencerahkan bawah lengan dan menanggalkan selk kulit mati serta mencegah pembentukan bakteria.


Caranya: kupas kentang terlebih dahulu dan lumatkan untuk diambil jusnya. Gosok kentang pada lengan yang gelpa dan biarkan selama 1 jam dan basuh. Ulangi setiap hari.



6. Lidah Buaya

Lidah buaya juga mampu memutihkan kulit bawah lengan.


Caranya : Keluarkan isi daun lidah buaya yang seakan gel dan oleh pada bahagian yang gelap. Biarkan selam 15 minit dan bilas hingga bersih. Ulangi langkah ini setiap kali selepas mandi.


7. Susu dan Yogurt

Kedua bahan ini mampu membantu meningkatkan kesihatan kulit.


Caranya : campurkan 3 sudu susu segar bersama 2 sudu yogurt dan adun hingga sebati. Sapukan di bawah lengan selama 15 - 20 minit dan kemudian dibilas hingga bersih. Ulangi setiap hari hingga mendapat kesan yang terbaik.


8. Gula Dan Minyak Zaitun

Gula merupakan bahan yang cukup mudah didapati bukan sekadar menjadi pemanis minuman tapi sesuai dijadikan skrub yang membantu pengelupasan sel kulit mati. Minyak Zaitun kaya vitamin E memantu supaya kulit kekal halus dan tidak melecet bila disatukan dan digosok pada bahagian yang hitam.

Caranya : Campurkan gula dengan minyak zaitun dengan nisbah yang sama dan gosok di bawah lengan. Biarkan dalam 2 minit sebelum dibilas. Amalkan mengikut kekerapan yang sesuai.

Post a Comment

1 Comments