Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir luaran dan buasir dalaman.
Bagi buasir dalaman, sebaiknya anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan bagi buasir luaran, mungkin anda boleh mencuba petua dibawah di rumah tapi kalau masih mendapat masalah, sebaiknya berjumpa dengan doktor atau pakar.
1. Manjakani
- Ambil dua biji manjakani, sedikit lada hitam dan kayu manis. Rebus hinga mendidih
- Bagi mengurangkan rasa pahit, masukkan sedikit gula ke dalm cawan ketika diminum.
- Minum dua kali sehari, pagi dan malam
Nota : Tidak sesuai untuk wanita yang mengandung
Sarina Zainun, Permatang Pauh
2. Kelapa Gading
- Ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya.
- Tekapkan pada bahagian yang sakit tapi pastikan jangan ditekap waktu kelapa tersebut terlalu panas.
- Ulang berberapa kali hingga buasir kecut
Nota : Petua ini seperti bertungku, pastikan kepanasannya tidak melampau hingga mendatangkan mudarat.
3. Minyak zaitun @ olive oil,
- Sapu pada permukaan dan pangkal hujung dubur anda selepas selesai membuang air besar.
- Lakukan diwaktu malam sebelum tidur sehari. Bersihkan bahagian yang ditumpukan dengan sabun antibakteria dan celupkan jari kelingking anda di dalam minyak tersebut lalu letakkan pada permukaan dubur juga pangkal hujung dubur kemudiannya masukkan ke dalam dubur secara perlahan - lahan sehingga minyak tersebut sampai ke dalam kawasan yang terkena buasir tersebut.
- jari kelingking anda dengan lembut yang sudah dicelup dengan minyak tersebut disekeliling dalam dan pangkal hujung dubur anda. Jangan dilakukan dengan kuat atau keras. Berhati - hati ketika melakukannya dan lakukannya secara rehat dan baring mengiring.
- Pastikan anda sudah memotong kuku dan tangan anda dengan bersih daripada kotoran dan kuman berjangkit. Minyak kelapa juga boleh digunakan didalam rawatan awal ini yang mana ia banyak mengandungi unsur - unsur vitamin dan mineral yang diperlukan di dalam khasiat minyak tersebut secara semula jadi.
4. Mandian Sitz
- (rendamkan bahagian rektum @ hujung pangkal dubur ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari.
- Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli dan mengunakan ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir dan ia hanyalah berfungsi sebagai pelega kesakitan penyakit tersebut sahaja.
- Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis.
- Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.