5 Bahan Semulajadi Hilangkan Bintik Hitam Pada Wajah

Bila makin berusia, pasti akan kelihatan bintik hitam pada wajah terutama mereka yang berkulit cerah. Bintik atau tompokan hitam ini bukan saja mengganggu tapi juga mencela penampilan kita.


Bintik hitam juga disebut hiperpigmentasi adalah keadaan disebabkan disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bekas jerawat, terkena sinaran matahari, perubahan hormon dan faktor penuaan.


5 Bahan Semulajadi Hilangkan Bintik Hitam Pada Wajah
gambar sumber Google


Bagi mengurangkan bintik hitam ni pasti ramai yang telah mencuba dengan menggunakan krim dan serum tapi kebiasaannya ia turut datang dengan kesan sampingan jangka panjang.


Terdapat bahan alternatif semuljadi yang boleh digunakan untuk menghilangkan bintik hitam pada wajah termasuklah;


1. Buah betik


Buah betik biasanya menjadi agen eksfoliator semulajadi untuk kulit wajah. Betik khususnya akan membantu mencerahkan dan membuatkan kulit nampak lebih muda. 


"Betik memiliki zat asid buah yang terkenal dengan alfa-hidroksi sebagai agen eksfoliator," kata ahli dermatologi, Dendy Engleman.


Alfa-hidroksi (AHA) bekerja untuk memperbaiki kulit dengan menghilangkan lapisan atas dan mematikan sel kulit yang rosak. Ia sangat efektif dalam memecahkan sel kulit dan meningkatkan produksi kolagen.


Caranya : tumbuk betik dalam mangkuk sehingga lumat dan sapu sebagai masker.




2. Kunyit


Kunyit banyak digunakan kerana khasiatnya yang bermacam termasuk mengurangkan masalah peradangan, mengatasi gangguan penghadaman sehinggalah merawat kulit wajah.


Kunyit terbukti menghambat penghasilan melanin kulit yang berperanan dalam menghasilkan bintik hitam akibat hiperpigmentasi.


Caranya mudah, tumbuk kunyit dan campurkan dengan madu sehingga sebati. Sapu pada kulit yang bermasalah.




3. Minyak badam


Bahan semula jadi yang biasa digunakan untuk mengatasi perubahan warna pada kulit adalah minyak badam.


"Kehadiran vitamin E dan niacin (pada minyak badam) membantu mengatasi hiperpigmentasi dan meningkatkan warna kulit," katanya.


Ini kerana minyak badam tidak membuat pori-pori tersumbat dan cukup sesuai digunakan bagi melindungi kulit.




4. Yogurt


Yogurt berfungsi untuk memudarkan bintik hitam pada kulit menerusi proses pengelupasan. Seperti betik, yogurt juga mampu memecahkan sel kulit mati disebabkan kandungan asid laktat yang dimilikinya. Asid laktat juga mampu memperbaiki perubahan warna dan bintik-bintik akibat penuaan.


Caranay : sapukan pada kulit atau boleh dicampur dengan bahan tambahan lain yang memiliki khasiat untuk kulit seperti madu.


Menambah oat juga boleh membuatkan proses pengelupasan lebih mudah dan melembapkan kulit yang kering.




5. Vitamin C


Vitamin C merupakan salah satu bahan semula jadi paling efektif untuk mengurangkan bintik hitam pada wajah selain berpotensi mencegah pembentukan bintik hitam baharu.


Tidak hanya suplemen, vitamin C cukup mudah diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.