Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan

Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan | Bawang putih salah satu bahan utama dalam masakan seharian kita, kalau tiada bawang putih ni pastinya gulai ikan temenung hilang enaknya, sambal ayam hilang sedapnya dan tumisan kari hilang wanginya.


Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan, ianya punya khasiat untuk kesihatan seperti  mengawal paras gula, kolesterol, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta mengekalkan kesihatan rambut. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik semula jadi dalam tubuh manusia.


Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan
gambar sumber Google


Bawang putih juga dapat menghindarkan serangan barah kerana kandungan mineralnya menghalang pertumbuhan ketumbuhan dalam badan. Bagi masalah jerawat, tumbuk bawang putih dan tepekkan di bahagian yang berjerawat.


Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, membaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan untuk kesihatan manusia.


Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih didapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengelakkan penyakit barah. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang tua-tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyumbatan kolesterol pada dinding salur darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain menyatakan ianya dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan batuk.[perlu rujukan]



Jom ketahui 10 fakta berkenaan kebaikan bawang putih kepada kesihatan.


1. Merawat selesema

Salah satu kebaikan bawang putih adalah meningkatkan sistem imun badan seseorang malah kajian juga mendapati kandungan asid amino di dalamnya mampu mengurangkan potensi untuk terkena selesema selain mempercepatkan proses pemulihan jika terkena jangkitan itu.


2. Meningkatkan stamina ketika bersenam

Bawang putih juga baik untuk meningkatkan stamina ketika bersenam malah kajian menunjukkan individu yang mempunyai penyakit jantung boleh melakukan aktiviti riadah dengan lebih baik selepas diberikan minyak bawang putih sebanyak dua kali sehari selama enam minggu.


3. Antibiotik semulajadi

Kandungan diallyl sulfide dalam bawang putih didapati dapat melawan bakteria campylobacter yang menjadi penyebab kepada gangguan pencernaan malah 100 kali lebih efektif daripada pil antibiotik.


4. Mengurangkan risiko kanser

Individu yang menjadikan amalan memakan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu memiliki risiko 44 peratus lebih rendah untuk terkena kanser seperti paru-paru dan prostat.


5. Menghalang keracunan logam

Selain kandungan diallyl sulfide, sulfur dalam bawang putih juga didakwa mampu melindungi organ badan daripada rosak akibat keracunan logam seperti timah.

Bawang putih dipercayai dapat mengurangkan kadar keracunan timah dalam darah sebanyak 19 peratus terutamanya kepada pekerja dalam industri berkaitan.


6. Mengurangkan kadar kolestrol

Antara manfaat lain bawang putih termasuklah mengurangkan kadar kolestrol jahat atau LDL dalam badan manusia sebanyak 10 ke 15 peratus.


7. Menurunkan tekanan darah

Kajian mendapati pengambilan 600 ke 1500 miligram ekstrak bawang putih atau empat ulas mentah setiap hari dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah.


8. Melindungi jantung

Kandungan diallyl trisulfide di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung atau penyakit lain berkaitan.


9. Menguatkan tulang wanita

Makan bawang putih dapat membantu kaum wanita meningkatkan kadar hormon estrogen serta mencegah proses pereputan tulang dan pelbagai kajian sedang dilakukan mengenainya.


10. Mencegah penyakit Alzheimer

Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat menurunkan risiko penyakit seperti demensia dan Alzheimer kerana ia mampu melindungi sistem kognitif dengan melindungi sel saraf



sumber : 

wikipedia

Google