Petua Faraj Wangi, 5 Jenis Makanan Perkongsian Menarik Dr Raihana Untuk Para Isteri

Pastinya seorang isteri akan merasa risau bila ada rasa tidak selesa pada bahagian alat sulit atau dapat merasakan faraj kita berbau hingga berasa malu ketika untuk bersama dengan suami. Jadi, jom cuba petua  faraj wangi agar disayangi suami dari perkongsian oleh Dr Raihana Ismail mengenai makanan yang mampu membuatkan kemaluan lebih ‘sihat’.


5 jenis makanan ini digalakkan untuk isteri amalkan dan ada juga yang sesuai dimakan oleh suami untuk kesuburan.

Petua Faraj Wangi



1. Nanas




Bukan hanya sedap, buah nanas kaya dengan vitamin B6 dan C. Selain itu, ia juga mengandungi bormelain yang tinggi di mana mampu meningkat sistem imunisasi badan.


Ini bermakna masalah keputihan dapat diselesaikan sekiranya anda mengamalkan makan nanas setiap hari. Bagi sesiapa sedang ikhtiar hamil, boleh memilih nanas bermula hari pertama haid sehingga sebelum berovulasi.



Lebih menarik lagi, bromelain dalam nanas boleh membantu matangkan telur bagi sesiapa yang ada masalah PCOS.



2. Buah-buahan beri



Buah beri kaya dengan vitamin C, anti oksidan, serat, kalium dan folat. Amalkan setiap hari.




3. Yogurt asli



Yogurt asli mengandungi protein, kalsium, vitamin dan prebiotik yang bagus. Ini bermakna boleh melindungi usus dan sekali gus menyebabkan faraj berbau wangi.


4. Tembikai



Menurut Dr Raihana Ismail, lebih bagus sekiranya tembikai tersebut dimakan sekali dengan empulur hijau kerana sangat bagus untuk kesihatan.


Tembikai mengandungi banyak air dan secara automatiknya boleh menyebabkan alat sulit lebih basah dan tidak kering. Makan tembikai juga boleh meningkatkan hormon seksual iaitu libido.


5. Rempah kulit kayu manis



Kulit kayu manis boleh meningkatkan hormon seksual lelaki dan wanita. Untuk lelaki, ia boleh mencegah mati pucuk, meningkatkan tahap testoteron dan menggalakkan ereksi.


Bagi wanita, kayu manis dianggap sebagai afrodisiak dan boleh meningkatkan aliran darah yang membawa kepada dorongan seks lebih tinggi. Kayu manis juga boleh membantu masalah haid tidak teratur dan boleh bertindak sebagai perangsang seksual yang kuat apabila digunakan dalam jumlah sedikit.


sumber : Dr Raihana Ismail