Tips Hilangkan Kulat Pada Kain
Dalam ujian kali ini, kita menggunakan bantal kerana tidak ada baju yang berkulat. Namun, cara ini tetap selamat digunakan untuk membersihkan kain yang berkulat.
Bahan yang diperlukan:
- Air panas 2 gayung
- Garam dapur satu genggam
- Cuka dapur 2 sudu besar
- Soda bikarbonat 2 sudu besar
- Sabun pencuci pinggan secukupnya
Cara melakukannya:
1. Tuangkan air panas ke dalam baldi, kemudian masukkan semua bahan.
2. Rendam bantal yang berkulat ke dalam campuran tersebut. Tekan-tekan supaya semua permukaan terendam air.
3. Biarkan selama 1 jam, kemudian angkat.
4. Periksa sama ada kulat masih ada. Jika kulat masih kelihatan, taburkan soda bikarbonat dan cuka, kemudian gosok hingga bersih.
Tips ini juga boleh digunakan untuk pakaian berwarna kerana bahan yang digunakan hanyalah bahan dapur dan bebas daripada peluntur.
kredit : facebook