Cara Menghilangkan Kelemumur

Cara mudah dan senang didapati untuk menghilangkan kelemumur yang mungkin boleh dicuba dan mungkin sesuai untuk masalah kelemumur pembaca budiman


  • Daun Pandan - Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingaa lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu sapukan air saringan tadi pada kepala rata rata sehingga ke kulit kepala anda yang ada kelemumur. Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air biasa.

  • Daun Bunga Raya - Ambil 10 helai daun bunga raya, empat helai daun limau purut, tiga kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar), sedikit air limau nipis.  Ramas semua bahan sehingga berlendir. Lumurkan lendir di atas kepala dan biarkan selama beberapa jam. Kemudian bilas. Anda akan dapat melihat hasilnya dan rambut juga akan berbau harum.

  • Kangkung Muda - Untuk tujuan menghilangkan kelemumur boleh juga menggunakan kangkung muda lalu campurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya, setelah itu sapukan pada kepala rata rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah cuci seperti biasa. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, Insya Allah kelemumur anda dapat atasi.


Taugeh tetap segar

gambar sumber Google


Masukkan taugeh ke dalam bekas berisi air yang menutupi keseluruhan taugeh, kemudian masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalm bekas rendaman taugeh.  Selepas itu bolehlah disimpan didalam peti sejuk.  Dengan cara ini, taugeh yang disimpan tetap segar dan tahan lebih lama

sumber : Noraini bt Amil
Majalah (tak ingat)

Ubati gatal-gatal badan

Anda mengalami gatal-gatal pastinya tangan anda tak henti-henti menggaru.  Bagi menghilangkan gatal-gatal akibat terkena ulat, mudah saja dengan bahan yang memang pasti ada di dalam rumah kita

gambar sumber Google



Bahan:
  • Garam, terpulang garam kasar atau garam halus
  • Air 
  • Mangkuk

Ambil sesudu atau dua, masukkan kedalam mangkuk kemudian masukkan air dalam suku mangkuk. Sapukan badan yang gatal-gatal dengan rendaman air garam ni.  InsyaAllah akan hilang rasa gatal tu dan ulang bila perlu.

sumber : rozita md ramli, dungun, terengganu

Petua Mencerahkan Kulit Muka


Bahan :

2 gengam beras pulut hitam
1 biji limau nipis
1 biji telur ayam

Beras pulut hitam dibersihkan, dibasuh dan dijemur hingga betul-betul kering, kemudian ditumbuk hingga halus seperti tepung. Gaulkan dengan air perahan sebiji limau nipis dan sebiji telur ayam.

Ramuan ini boleh dibuat pupur (mask) pada muka.  Biarkan lebih kurang 15 hingga 20 minit, hingga ia kering dan kemudian bilas dengan air suam.

Amalkan dua minggu sekali, kulit muka anda akan menjadi lebih cerah dan bersih.

Kurangkan bau buahan

Buah-buahan seperti durian dan cempedak memang kuat dan kekadang kurang menyenangkan.  Untuk mengurangkan bau tersebut cuba petua ini.
Letakkan buah-buahan tu dalam sebuah kotak dan beberapa ketul arang dicelah buah-buahan tersebut.  InsyaAllah bauan tu semua akan berkurangan

Hasnira Fauzi
Majalah (tak ingat)

Mewangikan ikan kukus

Ikan kukus memang enak dimakan tapi seringkali ikan yang dihidangkan akan berbau sedikit hanyir kerana tidak kena gayanya  atau mungkin kita tidak mencuci dengan sebaiknya.  Namun sini ada stu cara untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak dimakan.

Mula-mula perap ikan dengan perahan air limau nipis selama satu jam.  Racikkan halia dan disumbat pada bahagian insang ikan sebelum dikukus.  Dan letakkan bahan-bahan yang lain seperti biasa dan dikukus.  InsyaAllah kita akan dapat menikmati ikan kukus dengan penuh nikmat.