Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung
Para pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan info yang lebih tepat daripada doktor/pakar kesihatan. Jika anda mempunyai penyakit yang serius seperti asma, pendarahan, demam denggi dan sebagainya, dapatkan rawatan di klinik atau hospital terlebih dahulu.
Dikhuatiri anda mempunyai alahan tertentu dan tidak pasti bahan yang tersembunyi di dalam tumbuhan/pokok yang dikongsi.
Perkongsian di sini adalah sebagai usaha sampingan sahaja. Jangan pula mengabaikan perubatan moden iaitu pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.
Social Plugin