SELUSUH BERANAK

Bagi melancarkan saat kelahiran atau selusuh bagi ibu yang baru saja mengandungkan anak pertama, orang tua kita zaman dahulu mengamalkan meminum air rambut ketika mandi sepanjang tempoh kehamilan.

Caranya ialah dengan mencuci rambut sehingga bersih dan air yang terakhir kita siramkan itu, sambil melurut dari rambut kita dan menyambutnya dengan tapak tangan, minumlah air tadi sebanyak tiga kali dan terus berulang-ulang

Seperti saya pernah melakukan sewaktu mengandungkan anak sulung saya akan mandi sambil melurutkan rambut yang basih terus kedalam mulut sambil berniat supaya seperti mana mudahnya air mengalir diharap begitu juga mudah untuk saya melahirkan.  Alhamdulillah memang mudah sekali saya melahirkan.  Apa yang penting kita tawakkal dan berdoa kepadaNya untuk membantu.  Insyall Allah

No comments: