10 Petua Mengurangkan Gula Dalam Darah

10 Petua Mengurangkan Gula Dalam Darah | Pelbagai cara yang dilakukan untuk mengurangkan paras gula dalam darah namun kadang kala tidak berhasil. Malahan ada yang membuat ujian glukos dalam darah dengan keputusan yang tinggi tapi takut nak berjumpa doktor.  Jangan begitu, sebab penyakit diabetes ini atau kencing manis ni bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Kalau kita tahu ada penyakit tapi tak mahu mendapatkan rawatan, memang satu masalah. 

10 Petua Mengurangkan Gula Dalam Darah



Mungkin anda boleh mencuba petua tradisional bagi mengurangkan kadar gulkosa dalam darah bati pesakit kencing manis tahap dua seperti membuat air minuman yang tidak mendatangkan kesan pada kesihatan seperti berikut


1. Daun manggis
Ambil beberapa helai daun manggis (muda) rebus dengan dua gelas air dan biarkan ia menjadi satu gelas.  Amalkan meminumnya dua kali sehari

sumber : Majalah Wanita Ogos 2003


2. Kentang

Caranya : Rebus ubi kentang biasa (tanpa garam atau bakar menggunakan ketuhar pembakar (oven) 
apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan (sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi). 

Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada di dalam badan. 

Boleh baca selanjutnya di  SINI 


3. Peria katak
Peria katak mengandungi lektin yang mampu menurunkan kemampuan glukosa dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu. Lektin ini adalah punca utama kepada perkembangan hipoglemik. Jadi, salah satu cara yang boleh diamalkan adalah dengan pengambilan jus berasaskan sayur ini.

Dalam pada itu, jus ini disarankan untuk diambil dengan mencampurkannya bersama bahan yang lain seperti epal hijau, cili benggala hijau, daun saderi atau timun. Anda juga disarankan untuk mengambil jus ini setiap hari secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah sekali gus merawat diabetes secara semula jadi.

Cara penyediaannya adalah mudah sahaja iaitu potong halus peria katak dan campurkannya dengan bahan lain serta kisarkannya bersama air putih sehingga hancur. Paling penting, jangan sesekali tambah gula di dalamnya kerana perbuatan itu boleh menghilangkan khasiat sayur tersebut di samping menambahkan kadar pengambilan gula.


4. Halia
Halia dikatakan berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, menggalak penghasilan insulin serta mengelak masalah katarak pada mata. Menurut pengkaji dari University of Sydney, Australia, didapati bahawa ekstrak halia buderim iaitu sejenis halia dari Australia yang diperkaya dengan gingerol mampu meningkatkan kadar glukosa dalam sel otot tanpa sebarang penggunaan insulin sekali gus mengawal paras gula menjadi normal.

Selain itu, didapati juga bahawa halia sebenarnya mampu membantu meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit kencing manis. Menurut satu kajian, didapati bahawa 2 gram serbuk halia yang diambil pada setiap hari mampu menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 12%.


Dalam pada itu, ia juga mampu meningkatkan kadar gula dalam tempoh jangka masa yang panjang seperti HbA1c atau hemoglobin glikasi lantas menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu. Menurut banyak kajian, halia adalah amat berguna dalam menjadi sumber antidiabetes dan boleh dijadikan penawar kencing manis secara tradisional.

5. Bunga cengkih
Bunga cengkih mengandungi 30% daripada fenol antioksidan, quercetin serta antioxidants anthocyanin. Disebabkan itu, ia mempunyai sifat antiseptik yang menawarkan pelbagai faedah antiradang, analgesik serta untuk sistem penghadaman penderita diabetes. Menurut sebuah kajian, rempah ini didapati dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida serta paras kolesterol LDL dalam darah penderita diabetes.

6. Bawang putih
Bawang putih bukan sahaja terkenal dengan kebolehannya untuk merawat masalah kulit seperti panau atau jeragat. Ia juga sangat dikenali dengan sifatnya yang mampu mengurangkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh badan yang mana ia merupakan antara masalah utama penderita kencing manis. Pengambilan sayur ini secara oral dapat menurunkan serum glukosa, kolesterol, trigliderida serta pelbagai lagi sebatian lain dalam tubuh badan penderita diabetes.

7. Daun kari
Daun kari dikatakan dapat membantu menstabilkan tahap glukosa dalam darah serta memberi kesan kepada metabolisma karbohidrat. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Pembangunan Jurnal Antarabangsa, daun kari didapati mengandungi fitokimia yang mampu membantu mengawal tahap gula dalam darah penderita kencing manis dengan mengurangkan paras gula dalam darah. Selain itu, sifat antioksidannya juga mampu membantu pengeluaran sel pankreas dengan lebih aktif dikeluarkan sekali gus menjana lebih banyak insulin

8. Kayu manis
Kayu manis adalah sejenis tumbuhan yang mampu mengawal paras glukosa dalam darah sekali gus menjadikannya sangat bagus untuk membantu melawan penyakit kencing manis. Menurut beberapa kajian, pengambilannya mampu meningkatkan keupayaan insulin selain sifatnya yang antioksidan dapat membantu mencegah tanda dan gejala diabetes.

9. Halba
Halba dikatakan sangat bermanfaat sebagai penawar kencing manis alternatif. Pelbagai kajian telah dijalankan dan didapati bahawa halba mampu menurunkan paras glukosa dalam darah dengan memperlahankan proses pencernaan makanan serta melambatkan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil.

Selain itu, terdapat lagi beberapa jenis herba tradisional yang dikatakan mampu menjadi penawar kencing manis secara tradisional seperti lidah buaya serta ginseng. Kedua-dua bahan ini dikatakan dapat membantu menurunkan kadar glukosa dalam darah serta meningkatkan daya imunisasi penderita kencing manis.

Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan penawar kencing manis tradisional ini? Hakikatnya, herba-herba yang dinyatakan tersebut memang tidak dinafikan khasiatnya, namun keberkesanannya juga adalah bergantung kepada cara dan tempoh pengambilannya. Kita tidak boleh mengandaikan bahawa herba-herba ini adalah penawar kencing manis yang mujarab.

Sebaliknya, ia hanyalah ikhtiar yang mungkin boleh membantu anda. Sebaiknya, anda perlu dapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor untuk menyelesaikan sebarang kondisi kesihatan anda.

kredit : Hello Doktor


Tips Turunkan Gula Dalam Darah 


1. Melakukan senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain. 

2. Kawal pengambilan karbohidrat 
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat. 

3. Meningkatkan pengambilan serat 
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.  Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki. 

4. Minum banyak air dan kekal hidrasi 
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. 
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes. 

5. Kawal pengambilan makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.

6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran. 

7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi 
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna. 
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam. 

8. Pantau tahap gula dalam darah 
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan. 

9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium 
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah. 
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang. 

10. Turunkan berat badan 
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat. 

Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes
- Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain. 

Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan 
- Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan. 

Makanan yang boleh diambil secara bebas
- Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.