Risau Dengan Masalah Tidak Datang Haid

Risau Dengan Masalah Tidak Datang Haid | Pasti ramai anak gadis mahupun wanita berasa risau bila haid tidak datang menyapa, kalau dekat hampir sebulan mau mereka yang anak gadis sudah resah, ada yang jiwanya libang libur dan buat si isteri pulak...ahhh stress sebab anak baru berusia tak sampai setahun..mana taknya kalau tiba-tiba disahkan hamil lagi.  Memang anak tu rezeki tapi kalau jarak kelahiran anak tu terlalu dekat mana boleh nak fokus bimbang nanti ada masalah lain pulak.



Ok, sekiranya anda mengalami masalah tidak datang haid, jangan risau mungkin petua ni dapat membantu.

Bahan:
Kunyit hidup
Gula
Asam Jawa
Air Cuka
Garam


Caranya


  • Tumbuk kunyit hidup hingga lumat.  Gaulkan dengan sedikit gula, asam jawa, air cuka dan sedikit garam sehingga sebati
  • Kemudian tapiskan bahan-bahan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja.  Air tapisan ini bolehlah diminum setiap pagi dan petang selama seminggu


Kalau tiada aral, anda akan dapat lihat hasilnya dalam beberapa minggu atau hari bergantung dengan hormon anda


Sumber - Wiendey B Bukarak, Sg Jelok, Selangor -Mingguan Wanita Sept 2002