Khasiat Halba Baik Untuk Kesihatan Badan

Khasiat Halba Baik Untuk Kesihatan Badan | Bila sebut halba ni pasti ramai yang kenalkan sebabnya halba ni sangat penting dan pasti ada di dalam setiap rumah dan paling banyak digunakan untuk memasak gulai ikan, masak cuka ikan tapi yang untuk masakan yang disebut tu selalunya guna halba campur.



Halba merupakan antara ubatan yg tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad iaitu bapa perubatan Yunani.


Kelebihan Halba

Rasulullah saw bersabda:

Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas.

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad Bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad Bin ABu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda: 'Gunakanlah Halba sebagai ubat' (Qamus Al-Tibb)


Terdapat banyak kegunaan halba ini antaranya 

1. Diminum sebagai teh untuk melancarkan haid, menghilangkan kembung, sebu dan senak, sebagai pencuci perut, menguatkan jantung, menghilangkan lendir tekak, melegakan sakit kepala/migraine, membuang angin, menyembuhkan buasir, ubati sengugut, masalah kegemukan, kurang berat badan, merangsang rahim, mengawal kencing manis, membantu mengatasi radang kulit dan bisul


2. Teh Halba + Madu

- Kurangkan ketagihan merokok dan dadah

- Anemia


3. Untuk anak-anak yang baliqh

- Kecergasan

- Kekuatan badan

- Tumbesaran


4. Bagi ibu-ibu yang menyusu, halba ni mampu membanyakkan air susu


5. Halba dapat memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan


6. antara ramuan tradisi bagi menambah nafsu 


7. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.


Resepi Teh Halba

1 sudu teh halba

1 gelas air panas


Caranya : 

  • Masukkan halba ke dalam air panas, minum bila air menjadi suam.


Sumber : Nur Shahanim