5 Cara Efektif Hapuskan Pepijat Dengan Bahan Sedia Ada Di Rumah

5 Cara Efektif Hapuskan Pepijat Dengan Bahan Sedia Ada Di Rumah | Bila tidur malam terganggu kegatalan dan bila keesokkan paginya nampak kesan merah seperti kena gigit nyamuk memang cukup merungsingkan. Sebenarnya itu bukan gigitan nyamuk tapi pepijat yang keluar diwaktu anda sedang nyenyak tidur.


Pepijat ini akan membiak cepat dan memberi kesan buruk pada anda terutama yang punya kulit sensitif. Ia biasanya akan berada pada tilam yang sudah lama, kotor dan tidak dibersihkan. Pepijat akan bermastautin dan beranak pinak hingga sukar untuk dihapuskan dan berterusan mengganggu tidur anda

Apa itu pepijat?



Pepijat atau bed bugs adalah serangga kecil yang hidup dengan menghisap darah manusia dan haiwan. Mereka aktif ketika malam dan berkeadaan gelap. Pepijat juga boleh bersembunyi di celah-celah almari dan bukan di katil sahaja! Kerana saiznya yang sangat kecil, kita tidak dapat melihat dengan mata kasar, namun apabila anda sudah tidak dapat menikmati tidur malam anda, gatal dan merah satu badan, ini tandanya anda telah diserang kutu katil! 


Seekor pepijat betina boleh menghasilkan 500 biji telur dan pepijat boleh hidup tanpa makanan selama setahun.


5 Cara Efektif Hapuskan Pepijat Dengan Bahan Sedia Ada Di Rumah

Bagi menghapuskan pepijat, usaha berkala harus dilakukan bagi memastikan pepijat terus terhapus antaranya pelbagai cara semulajadi yang boleh didapati dalam rumah

 


1. Baking  Soda 


Jangan ingat baking soda atau serbuk penaik ni hanya untuk membuat kek tapi ianya boleh mematikan pijat. Ia berfungsi melemaskan pepijat sehingga tidak bernafas dan mati. 

Taburkan serbuk penaik di seluruh bilik, di celah-celah tempat tersorok yang mungkin menjadi tempat persembunyiannya  dan biarkan selama 24 jam. Selepas itu bolehlah di vakum hingga bersih serbuk penaik tersebut. 


2. Cuka buatan / Cuka Epal



Gunakan cuka buatan atau cuka buatan dengan mencampurkan air dengan ratio 1:1. Goncang dan semburkan di seluruh kawasan yang terlibat. Amalkan semburan setiap hari supaya pepijat dapat mati dengan cepat.

Cuka adalah bahan asidik yang mampu melemahkan sistem saraf pepijat.


3. Borax


Borax adalah sejenis serbuk yang biasanya digunakan untuk tujuan pembersihan dan boleh didapatan dalam pencuci baju. 

Untuk mematikan pepijat, taburkan serbuk borax di kawasan yang anda pasti ada pijak seperti di bilik tidur, Biarkan selama 24 jam sebelum dibersihkan. Borax akan melemaskan pepijat membuatkan serangga ini tidak boleh bernafas seterusnya pepijat akan mati.


4. Vakum 

Pertama sekali apa yang and aharus lakukan adalah, vakum di seluruh tempat bilik anda dengan teliti. Pastikan anda vakuum di celah-celah almari, sudut bilik dimana pepijat boleh bersembunyi. Jangan lupa untuk vakum langsir, karpet, comforter, bantal, dalam almari dan seluruh kawasan.  


5. Alkohol

Semburkan rubbing alkohol ke seluruh katil, bantal atau seluruh bilik. Ini akan membunuh pepijat atau kutu katil dengan cepat. Anda juga boleh campurkan rubbing alkohol bersama cuka epal di dalam bekas penyembur dan sembur ke kawasan yang anda pasti terdapatnya pepijat.

Apa pun perlu berhati-hati kerana penggunaan alkohol yang tinggi agak kuat ini amat mudah terbakar


Selamat mencuba!


sumber : Google