Petua Kempiskan Perut



Petua 1 - Teh dan  Limau Nipis
1 uncang teh direndam dengan air panas serta campurkan dengan air  limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur.


Petua 2 - Asam Jawa
Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya.


Petua 3 - Daun lidah buaya dan Asam Jawa
Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.


Petua 4 - Limau Nipis dan Air
Ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat.


Petua 5 - Teh Hijau, Serbuk Kayu Manis dan Madu Lebah Asli
Setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat.


Petua 6 - Limau Nipis dan Kapur Sirih
Perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati. Selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung. Lakukan amalan itu sebelum tidur. Jangan guna kapur terlalu banyak, nanti terlampau panas!