10 Petua Menghilangkan Bau Ketiak | Bau ketiak memang tidak menyenangkan apatah lagi bila kita perlu berjumpa ramai orang atau pergi ke kenduri dan majlis keramaian hingga boleh menyebabkan orang sekeliling rasa tidak selesa apatah ianya cukup memalukan diri kita.
Jom cuba salah satu dari 10 Petua Menghilangkan Bau Ketiak yang mungkin boleh membantu anda supaya tampil dengan keyakinan dan tidak rasa malu bila berada dikalangan orang ramai antaranya :
1. Daun jambu
2. Timun
3. Temulawak
4. Daun sirih
5. Bunga kantan
6. Bunga Cengkih
7. Limau Nipis/Lemon
8. Cuka Epal
9. Baking soda
10. Tawas
![]() |
10 Petua Menghilangkan Bau Ketiak |
1. Daun jambu
Ambil beberapa helai daun jambu, ditumbuk, campurkan dengan kapur dan disapu pada ketiak setiap kali sebelum atau selepas mandi, di samping itu amalkan minum air limau nipis.
2. Timun
Gunakan timun sebagai masker pada ketiak setiap 2 kali seminggu dengan menempek timun di ketiak buat sehingga ianya kering.
3. Temulawak
Caranya dengan minum air perahan temulawak. Pertama, parut temulawak kemudian ditapis, ambil jusnyadan tambahkan 1 sudu madu dan diminum
4. Daun sirih
Ambil beberapa helai daun sirih, rebus dengan 2 gelas air kemudian campurkan pada bekas air yang digunakan untuk mandi. Lakukan secara rutin
5. Bunga kantan
Ambil bunga kantan dan batangnya, ditumbuk kasar bunga lalu gunakan seperti sabun pada ketiak dan badan. Gunakan setiap kali mandi.
6. Bunga Cengkih
Rendam bunga cengkih dalam air panas selama 15 minit dan boleh ditambahkan dengan madu ketika hendak meminumnya. Minum 2 kali sehari secara rutin, InsyaAllah bau ketiak dan bau badan anda akan menghilang.
7. Limau Nipis/Lemon
Potong limau nipis atau lemon nipis-nipis dan sapukan perlahan lahan pada ketiak atau ambil jus perahan dan disapu pada ketiak secara rutin sebelum mandi.
Selain menghilangkan bau, ianya dapat mencerahkan kulit dan menghilangkan kehitaman pada bahagian ketiak.
8. Cuka Epal
Asam tartar yang ada dalam epal dan cuka epal dapat mengnyah pertumbuhan bakteria. Sapukan cuka epal menggunakan kapas pada ketiak. Biarkan selama 15 minit lalu bilas dan kemudian anda mandi. Gunakan setiap hari sebelum mandi.
9. Baking Soda
Baking soda dipercaya sebagai penghilang bau badan kerana ianya dapat menyerap peluh dan membunuh bakteria penyebab bau badan. Caranya adalah dengan campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 1 sudu teh perhan limau nipis dan disapukan pada ketiak. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan sehari sekali secara rutin.
10. Tawas
Cara menghilangkan bau ketiak dengan tawas mudah saja. Pertama, hancurkan tawas hingga menjadi serbuk dan larutkan dalam air. Masukkan ke dalam tuala kecil dan letakkan di kepit di ketiak. Lakukan dengan berulang-ulang selama 15 minit. Apa pun tawas ini panas ya.
Selamat mencuba