10 Manfaat Pokok Bunga Telang Selain Bunga Telang Untuk Nasi Kerabu

10 Manfaat Pokok Bunga Telang Selain Bunga Telang Untuk Nasi Kerabu | Bila sebut bunga telang, terus terbayang nasi kerabu yang cukup popular di Pantai Timur

10 Manfaat Pokok Bunga Telang Selain Bunga Telang Untuk Nasi Kerabu


Sedikit info tentang pokok bunga telang yang ramai orang tahu ianya penting dalam membuat nasi kerabu yang berwarna biru tu.


1. Turunkan paras glukosa dalam darah

Ada kajian mengatakan ekstrak bunga telang mampu untuk mengawal paras gula di dalam darah. Kajian ini dijalankan ke atas haiwan diabetik dan didapati bahawa selepas 14 hari, paras gula di dalam darah haiwan tersebut turun secara signifikan.


Tidak pulak dinyatakan haiwan apa..ermm


2. Bersifat anti mikrobial

Kajian menunjukkan daun pokok bunga telang mampu mencegah jangkitan Bacillus cereus dan S. enterica serovar.


3. Mencegah jangkitan helmintik.

Jangkitan helmintik adalah sejenis jangkitan cacing di mana badan akan dijangkiti dengan cacing parasit. Kajian menunjukkan bahawa ekstrak akar bunga telang mampu untuk melumpuhkan dan mematikan cacing tanah di mana masa yang diambik untuk ektstrak ini memberi kesan adalah sangat cepat. Masa untuk ekstrak ini bertindak bergantung kepada kepekatan ekstrak di mana semakin tinggi ekstrak, semakin kurang masa yang diambil oleh cacing untuk lumpuh dan mati.


4. Melindungi hati (liver)

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak bunga telang mampu melindungi hati daripada kerosakkan yang diakibatkan oleh parasitamol dan karbon tetraklorida. Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa ekstrak daun bunga telang mampu untuk melindungi hati daripada kesan parasitamol di mana diperhatikan bahwa haiwan yang menerima ekstrak bunga telang mempunyai paras aspartate aminotransferase (AST) dan alanine aminotransferase (AST) yang rendah.


5. Mempertingkatkan sistem neurologi

Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak akar bunga telang mampu untuk meningkatan kebolehan kognitif. Di dalam kajian yang dijalankan terhadap haiwan, didapati bahawa pengambilan ekstrak akar bunga telang mampu untuk meningkatkan memori haiwan tersebut.


6. Mempunyai sifat anti oksida

Bunga telang mempunyai pelbagai komponen yang bersifat anti oksida. Di dalam satu kajian, di dapati bahawa ekstrak bunga telang dapat melindungi sel darah merah daripada hemolisis (pecah) dan kerosakan yang disebabkan oleh komponen yang bernama AAPH.


7. Mempunyai sifat antihistamin


Histamin adalah protein yang bertanggungjawab ke atas proses inflamasi ataupun keradangan yang berlaku ke atas badan kita. Clonidine bertanggunjawab ke atas pembebasan histamin oleh sel mast di dalam badan. Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, di dapati bahawa akar bunga telang mempunya sifat antihistamin di mana ditemui bahawa ekstrak ini menjadi penghalang catalepsy yang disebabkan oleh clonidine. Catalepsy adalah keadaan di mana sistem saraf tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menyebabkan hilangnya keboleh gerakkan anggota badan, kurang sensitiviti ke atas rasa sakit dan lain-lain.


8. Menyembuhkan luka

Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas model haiwan, di dapati bahawa ekstrak biji dan akar bunga telang mampu untuk menyembuhkan luka. Kajian menunjukkan ekstrak biji dan akar bunga telang apabila dimakan secara oral ataupun disapu sebagai ubat dapat menyembuhkan tiga jenis luka yang terdapat pada haiwan tersebut.


9. Mengubati patukan ular dan sengatan kala jengking

Negara India merupakan negara yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan tradisional yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Di India, akar bunga telang digunakan di dalam perubatan tradisional mereka untuk mengubati pelbagai penyakit antaranya adalah untuk mengubati patukan ular dan sengatan kala jengking. Akar pokok bunga telang digunakan bersama ubat-ubatan tradisional yang lain untuk mengubati sengatan ini.


10. Baik untuk kitaran haid

Di negara Cuba, hasil rebusan akar dan kelopak bunga telang diannggap sebagai pelancar kitaran haid. Bahagian akar dan kelopak bunga telang yang sudah dipanaskan akan dicampurkan dengan air putih dan diminum pada setiap petang. Amalan ini dipercayai boleh melancarkan kitaran haid dan mengecutkan rahim.


Banyak sungguh manfaat bunga telang ke atas kesihatan. Walau kebanyakkan kajian dijalankan ke atas haiwan, namun keberkesanannya menunjukkan potensinya untuk diaplikasikan ke atas manusia.


Tapi apa yang pasti, saya kalau tengok nasi kerabu memang akan tengok warna nasi, adakah dari bunga telang atau hasil pewarna. Kalau pewarna...ahhh memang bagi saya itu dah fail


Kalau saya makan nasi kerabu saya suka dan akan pilih ikan goreng tepung, cili solok dan condiments lain seperti ulaman, budu, cilinya.