11 Petua Hilangkan Bau Ketiak

11 Petua Hilangkan Bau Ketiak | Bau ketiak memang cukup memalukan dan kesian pada mereka yang dekat kita yang terpaksa menahan nafas ketika dekat dengan kita. Rasanya kita sendiri boleh tahu yang ketiak kita berbau atau ahli keluarga kita boleh membantu memberi petua atau membelikan produk supaya hilang bau ketiak yang tidak menyenangkan itu.


Tiada sesiapa pun yang nakkan ketiak berbau dengan cuaca negara yang bukan sejuk, peluh pulak sering keluar yang menyebabkan ketiak berbau.


11 Petua Hilangkan Bau Ketiak


Jom cuba cari mudah dari 11 Petua Hilangkan Bau Ketiak yang mungkin dapat membantu menghilangkan bau ketiak



1. KAPUR / AIR LIMAU / ASAM JAWA

Ambil kapur sirih dan perahkan sedikit air limau atu sedikit asam jawa keatasnya. Gaul rata. Sapukan pada ketiak seketika sebelum mandi, biarkan kering seketika dan kemudian mandi seperti biasa.


Amalkan setiap kali mandi. Insya-ALLAH tak sampai sebulan akan hilang bau yang hapak pada ketiak.


2. CUKA EPAL

Salah satu petua hilangkan bau ketiak adalah menggunakan cuka epal atau ‘apple cider’.


Cara: Tuang cuka dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapu pada ketiak. Atau bilas ketiak dengan cuka sewaktu mandi. 


Ia akan berbau masam pada awalnya. Tapi, ia amat berkesan menyahkan bau badan.




3. SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat mempunyai banyak kegunaan selain untuk membuat kuih atau kek.


Cara: Campur satu sudu jus lemon ke dalam satu sudu soda bikarbonat. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air.


Jika tiada jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung. Paling mudah, campurkan sedikit air pada soda bikarbonat dan sapu selepas mandi.




4. HYDROGEN PEROXIDE

Selain farmasi, bahan ini biasanya boleh dijumpai dalam peti kecemasan atau ‘first aid kit’.


Cara: Campur satu sudu hydrogen peroxide dalam satu cawan air dan gaul hingga sebati.


Celup kain atau tuala bersih pada ketiak. Jika tidak sempat, boleh sahaja sapukan terus pada ketiak.




5. LEMON

Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga membantu mencerahkan kulit yang kehitaman di ketiak.


Cara: Hiris lemon dan sapu perlahan-lahan pada ketiak.


Boleh juga guna perahan jus lemon pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon dan sapu pada ketiak selepas mandi.




6. AIR MAWAR

Air mawar boleh dibeli siap dari kedai kecantikan atau dibuat sendiri di rumah.


Cara: Sapu ‘rose water’ pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri.




8. BEDAK BAYI

Bedak talkum biasa atau bedak bayi amat sesuai untuk mengatasi bau badan.


Cara: Apabila rasa lekit pada ketiak, terus letak bedak pada ketiak. Ia akan mengurangkan peluh yang keluar.



9. SERBUK SANDALWOOD

Herba ini boleh didapati di kedai rempah, pasaraya, atau ada yang dipek secara komersial di kedai kecantikan.


Cara: Jadikan pes dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit pada serbuk sandalwood. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan sehingga kering, baru dibilas dengan bersih.



10. TAWAS

Tawas adalah sejenis hablur dalam bentuk batuan atau ada yang telah dijadikan serbuk.


Cara: Lalukan air pada tawas dan sapu pada ketiak. Pastikan guna bahagian yang tumpul.



11. SENGKUANG

Cara: Kisar halus hingga keluar jus dan sapu pada ketiak. Ia menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya.